Cederakan nenek sehari sebelum maut dipukul

Cederakan nenek sehari sebelum maut dipukul

KOTA BHARU: Lelaki yang maut dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, di sini, malam tadi, dilaporkan keluar dari rumahnya di Pasir Puteh sejak kelmarin selepas mengamuk dan mencederakan neneknya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa selain dimaklumkan lelaki kurang siuman berusia 20-an itu tidak pulang selepas kejadian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menerima panggilan orang awam berkaitan kes mengamuk membabitkan lelaki yang sama pada jam 7 malam tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai ke lokasi, mangsa didapati dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat dibawa dengan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat.

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa ke masjid terbabit untuk menunaikan solat Asar, bagaimanapun sekitar jam 6.30 petang dia dilihat mengamuk dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan masjid berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata, mangsa kemudian ditahan dengan dibantu pelajar tahfiz berdekatan sebelum mereka memanggil polis untuk meminta bantuan.

“Pengawal keselamatan kemudian direman tujuh hari, manakala 12 individu lagi yang juga saksi termasuk pelajar, warden dan tukang masak dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk diambil keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan salah,” katanya.

Beliau berkata polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden yang berlaku dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu dalam kejadian jam 7 malam tadi, seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia dipercayai dipukul di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di sini.

Mangsa berusia 20-an dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang seorang wanita berusia 57 tahun yang melalui pekarangan masjid itu. BH

Cederakan nenek sehari sebelum maut dipukul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khairy dilamar jadi DJ radio bersama Fara Fauzana, Johan

Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri

Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker