Monopoli TnG akan dikaji – Anwar

Monopoli TnG akan dikaji – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mungkin mempertimbangkan semula monopoli Touch ‘n Go (TnG) susulan tiada kemajuan meyakinkan pada sistem itu selepas lebih dua dekad diperkenalkan.

“Kita akan menimbangkannya semula,” katanya menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai perancangan melihat semula peranan TnG pada program Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023) di sini hari ini.

Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung ketiadaan kemajuan meyakinkan dalam sistem TnG.

Sistem pembayaran tanpa tunai atau e-dompet itu diperkenalkan pada 1997 itu bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran di premis tertentu atau tol lebuh raya.

Bagaimanapun, ia menimbulkan rungutan orang ramai yang mendakwanya tidak cekap dan mahu monopoli syarikat itu dihentikan.

Pada 28 Jan lalu, Suruhanjaya Persaingan Malaysia ketika menjawab isu sama dibangkitkan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, status monopoli TnG hanya membabitkan sistem pembayaran tol di lebuh raya.

FMT pada 25 Jan 2022 melaporkan kenyataan Menteri Kerja Fadillah Yusof ketika itu yang dipetik berkata, kerajaan akan membenarkan orang ramai membayar tol lebuh raya menggunakan mana-mana penyedia pembayaran digital, bukan hanya TnG.

Beliau berkata syarikat konsesi terbabit telah diarahkan untuk bersedia melaksanakan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang 2025.

MLFF adalah sistem tol tanpa penghalang, pondok tol dan laluan khusus. Ia menggunakan struktur gantri yang dilengkapi dengan pengecaman nombor plat secara automatik (ANPR) di lokasi tertentu. FMT

Monopoli TnG akan dikaji – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker