Menjelang konsert, Liza Hanim sakit dada dan semput

Menjelang konsert, Liza Hanim sakit dada dan semput

Penyanyi Liza Hanim risau apabila tahap kesihatan yang kurang memberangsangkan ketika ini akan menganggu persembahannya pada konsert solo pertamanya, Liza Hanim 27 Years Journey In Concert di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad depan.

Menurut Liza atau nama Haliza Hanim Abdul Halim, 45, antara yang masalah kesihatan yang dialaminya ketika ini ialah demam, sakit dada dan semput untuk menyanyikan nada tinggi.

“Sudah lebih seminggu saya sakit. Ini pertama kali saya semput, sebelum ini langsung tak pernah alami. Kalau ikut apa yang doktor cakap, sakit ini berpunca daripada virus, tapi tak tahu jenis apa, bukan Covid-19 atau influenza.

“Semua ini sesuatu yang baharu buat saya tetapi bersyukur kerana pasukan dan guru vokal, Cikgu Shafie banyak membantu dari segi vokal serta persiapan,” katanya ditemui pada sesi latihan menjelang konsert di Royal Studio semalam.

Disebabkan masalah kesihatan tersebut, dia juga terpaksa mengambil dua jenis ubat antibiotik sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

Demi memastikan dirinya dalam keadaan baik, dia juga mengikut setiap saranan dan nasihat doktor ketika ini.

“Apa yang saya kena buat sekarang adalah kena berjumpa doktor dan banyakkan rehat.

“Agak risau apabila sakit begini ditambah pula konsert akan berlangsung kurang seminggu lagi namun saya tetap memandang positif dan menganggapnya sebagai satu bentuk dugaan.

“Namun, setakat ini keadaan kesihatan sudah semakin okey cuma mungkin perlukan masa untuk baik sepenuhnya. Saya harap menjelang konsert dapat pulih sekurang-kurangnya 80 peratus, nanti tambah dengan semangat penonton, jadilah 100 peratus,” katanya lagi.

Menerusi konsert anjuran LH Media Sdn. Bhd. bersama Laugh Out Loud Entertainment itu, dia bakal mendendangkan lebih 30 buah lagu popular yang dipetik daripada tujuh album solo selama 27 tahun bergelar penyanyi.

Liza Hanim 27 Years Journey In Concert yang merupakan konsert solo pertamanya turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui MyCreative Ventures Sdn. Bhd. K Online

Menjelang konsert, Liza Hanim sakit dada dan semput

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker