Pemandu lori terlibat kemalangan maut positif methamphetamine

Keadaaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tunku Putra-Kelang Lama, Kulim pada awal pagi ini.

Seorang pemuda berusia 21 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah lori di Jalan Tunku Putra-Kelang Lama di Kampung Dusun di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS 150 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Sementara seorang lagi penunggang motosikal jenis Yamaha Y150 ZR yang merupakan remaja berusia 16 tahun cedera parah pada kepala dan kedua-dua kaki

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, hasil siasatan mendapati motosikal dinaiki dua mangsa itu dalam perjalanan dari arah Kelang Lama menghala ke pekan Kulim.

“Kenderaan dipandu lelaki berusia 29 tahun itu disyaki cuai apabila keluar dari simpang pintu masuk stesen minyak untuk membelok ke kanan menghala ke arah Kelang Lama.

“Lori tersebut kemudian dilanggar dua motosikal ditunggang mangsa yang bergerak lurus dari arah Kelang Lama ke Pekan Kulim,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kemalangan mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan.

“Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” jelasnya. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker