G25 bidas Muhyiddin berhubung pelantikan ahli politik sertai GLC

G25 bidas Muhyiddin berhubung pelantikan ahli politik sertai GLC

Kumpulan G25 membidas pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kerana mewajarkan pelantikan ahli politik sebagai ahli lembaga GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

Menurut kumpulan itu, kenyataan bekas perdana menteri tersebut bercanggah dengan langkah pembaharuan yang dilaksanakan berikutan krisis Kewangan Asia Timur 1997/98, yang mensyaratkan mereka bertanggungjawab ke atas pelantikan ahli lembaga pengarah tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik atau kepentingan lain.



“Apabila calon yang mempunyai kaitan politik dicadangkan untuk jawatan lembaga atau pengurusan, lembaga mesti menganalisis jika mereka aktif dari segi politik dan jika mereka layak secara profesional.

“Amalan terbaik dunia ialah tiada calon yang aktif dari segi politik harus diterima untuk pelantikan lembaga pengarah atau untuk sebarang jawatan pengurusan tertinggi,” kata G25 dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu mengulas mengenai janji terbuka Muhyiddin mengenai pelantikan politik kepada GLC jika gabungan itu memenangi pilihan raya negeri.

Minggu lalu, Muhyiddin memberitahu bahawa PN bersedia membentuk kerajaan di semua enam negeri pilihan raya dan telah mengagihkan jawatan pentadbiran, termasuk ketua GLC negeri.



Dia berkata PN, yang bakal bertanding di semua 245 kerusi, mahu mengelak perbalahan mengenai jawatan berkenaan sekiranya mereka memenangi pilihan raya.

Mengenai kemungkinan tindak balas yang timbul daripada melantik ahli politik ke GLC, Muhyiddin menambah bahawa kerajaan perpaduan melakukan “perkara yang sama”.

Mengulas lanjut, G25 berkata mempunyai pengarah berkaitan politik dalam lembaga GLC akan menimbulkan syak wasangka tentang keputusan perniagaan mereka.

“Ini adalah perkara yang sangat penting terutamanya kepada syarikat multinasional asing kerana mereka mencari lokasi yang sesuai untuk operasi perniagaan mereka di Asia Tenggara.



“Memandangkan semua negara kini mengamalkan amalan terbaik dunia dalam sistem tadbir urus korporat mereka, Malaysia akan kalah kepada negara jiran kita, dan di peringkat global, jika kita meneruskan amalan buruk masa lalu.” Mk

G25 bidas Muhyiddin berhubung pelantikan ahli politik sertai GLC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker