Mahathir gemar mewujudkan isu provokasi untuk kekal relevan – Zahid

Mahathir gemar mewujudkan isu provokasi untuk kekal relevan – Zahid

Mahathir Mohamad dilihat sentiasa menggunakan taktik memainkan sentimen provokasi susulan dakwaan mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan seperti itu dilihat sengaja dibuat Dr Mahathir untuk kekal relevan disebabkan faktor usianya selain bekas Perdana Menteri itu, mahu sentiasa peka dengan isu semasa.



“Mengenali Dr Mahathir, beliau memang gemar mewujudkan isu provokasi dan saya tidak berniat untuk membalas taktik provokasi itu.

“Beliau sudah memikirkannya (untuk membuat dakwaan itu) dan beliau menggunakan taktik ini untuk membangkitkan provokasi kepada pihak lain kerana mahu sentiasa peka dalam keadaan umurnya itu…beliau patut meneruskan kehidupan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir sengaja mencipta kenyataan bersifat provokasi itu untuk mencuri sentimen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.



Semalam, Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu mendakwa jika DAP menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan ketika ini, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jatuh.

Dakwa Dr Mahathir, atas dasar itu, Anwar terpaksa menurut manifesto DAP khususnya menjadi Tanah Melayu negara pelbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular iaitu tidak ada agama rasmi. BH

Mahathir gemar mewujudkan isu provokasi untuk kekal relevan – Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker