MUDA bantah JAIS larang umat Islam sertai program rumah ibadat lain
Syed Saddiq tidak setuju dengan peraturan JAIS tersebut.
MUDA bantah JAIS larang umat Islam sertai program rumah ibadat lain
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah tidak bersetuju dengan peraturan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, program dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut dengan baik oleh semua pihak di semua peringkat.
Ini kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk, berbilang bangsa dan agama.
Katanya, selama ini ahli MUDA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang tidak pernah mempunyai masalah untuk bekerjasama dalam program kemasyarakatan yang diadakan.
“Ahli MUDA tidak kira apa agama atau bangsa sama-sama membersihkan masjid, tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain tempat ibadah ketika kerja-kerja pembersihan banjir.
“Saya yakin untuk yang beragama Islam, iman mereka sedikit pun tidak terjejas sehingga hendak menukar agama,” kata Syed Saddiq.
Malah menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau telah banyak kali melawat rumah ibadah penganut agama lain.
Beliau menegaskan tidak pernah melihat ada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini.
“Saya dijemput kerana saya mewakili rakyat saya tanpa perlu peduli apa agama mereka, apa bangsa mereka, dan apa fahaman politik mereka. Kebajikan mereka adalah tanggungjawab saya.
“Justeru itu, saya ingin bertanyakan adakah enakmen ini akan dipakai kepada pemimpin-pemimpin besar negara juga sekiranya mereka melawat ke rumah-rumah ibadah ini?
“Malaysia teguh kerana perpaduan dan dengan perpaduan ini datangnya kemakmuran,” katanya dalam kenyataan.
Sebagai Presiden MUDA, beliau menyeru lebih daripada 100,000 ahli MUDA untuk melawat mana-mana rumah ibadah.
Syed Saddiq mengulas kenyataan Exco Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada 14 Mac lalu.
Mohd Zawawi berkata, peraturan telah menetapkan bahawa sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain selain dari Rumah Ibadah Islam adalah dilarang sama sekali.
Pihak JAIS sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan Seksyen 5 dan Seksyen 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988. MG
MUDA bantah JAIS larang umat Islam sertai program rumah ibadat lain
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.