Bertikam lidah! Kes rasuah membabitkan Guan Eng bertukar panas dalam mahkamah
Keadaan di mahkamah hari ini menjadi lebih panas daripada biasa ketika perbicaraan kes rasuah berkaitan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion terhadapnya.
Ketegangan dapat dirasakan antara ketua pendakwaan Wan Shaharuddin Wan Ladin dan ketua pembelaan Gobind Singh Deo ketika prosiding hari ini.
Ia tercetus setelah hakim Azura Alwi menolak bantahan awal pendakwaan terhadap permohonan peguam untuk mendapatkan nota prosiding berkaitan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Kes di mahkamah itu melibatkan dakwaan bahawa ahli perniagaan G Gnanaraja memperdaya eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli untuk mendapatkan projek itu.
Namun, pada Disember 2020, Gnanaraja mengaku bersalah terhadap pendakwaan alternatif di bawah Seksyen 218(1)(A) Akta Syarikat 2016 dan didenda RM230,000.
Zarul dan Gnanaraja kini menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan terhadap Lim.
‘Drama yang bagus’
Pasukan pembelaan berhujah mereka memerlukan nota prosiding untuk menguatkan pembelaan Lim dalam perbicaraan ini.
Selepas Azura menolak bantahan awal pendakwaan, Wan Shaharuddin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan bersedia untuk meneruskan pendengaran merit permohonan pembelaan untuk mendapatkan nota itu.
Namun, Gobind kemudian mendakwa pihak pendakwaan telah membayangkan sebaliknya hari ini, iaitu mereka belum bersedia untuk meneruskan pendengaran merit permohonan pada hari ini.
“Inilah standard (peguam) pembelaan. Drama yang bagus,” sindir Wan Shaharuddin sambil menepuk tangannya.
Gobind membalas dengan bertanya: “Adakah ini yang telah berlaku kepada standard DPP (timbalan pendakwa raya) kita?”
Azura kemudian cuba meredakan keadaan dan menegur Wan Shaharuddin.
Wan Shaharuddin kemudian meminta mahkamah mempertimbang cara peguam Lim dalam menyampaikan hujah lisan, yang didakwa seperti membuat ancaman terhadap pendakwaan.
Hakim arah berhenti
Gobind menafikannya dan mendakwa pihaknya hanya cuba membuat permohonan untuk mendapatkan nota perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan memberi peringatan berkenaan kesalahan menghina mahkamah terhadap Wan Shaharuddin.
“Jangan ancam saya,” kata Gobind kepadanya.
Azura kemudian sekali lagi mengarahkan kedua-dua pihak untuk bertenang.
“Baik, hentikan semua hujah,” tegasnya ketika menegur kedua-dua pihak.
Azura kemudian menangguhkan prosiding dan menetapkan 23 Mac ini untuk mendengar merit permohonan pihak pembelaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.