Menteri hanya ada kuasa terhadap Akta Pertubuhan, bukan perlembagaan pertubuhan
Menteri hanya ada kuasa terhadap Akta Pertubuhan, bukan perlembagaan pertubuhan
Proses pencalonan dan pemilihan presiden dan timbalan presiden parti perlu berlaku seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan pertubuhan yang terbabit.
Pakar perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, berkata tanpa proses itu, presiden dan timbalan presiden tidak akan terpilih untuk penggal yang baharu.
Dalam kes UMNO, beliau menjelaskan, jika perlembagaan pertubuhan membenarkan calon presiden dan timbalan presiden dinamakan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU), maka penamaan itu adalah sah, begitu juga sebaliknya.
“Justeru, isu usul dalam PAU tidak dengan sendirinya menjadi satu kesalahan. Ia bergantung kepada bagaimana usul terbabit diterjemahkan dalam tindakan oleh UMNO.
“Jika usul itu dihormati oleh pewakilan cawangan dan bahagian sehingga calon tunggal bagi jawatan Presiden UMNO ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, manakala timbalannya adalah Datuk Seri Mohamad Hasan, maka kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu telah terpilih tanpa pertandingan.
“Justeru, tiada sebab untuk mencabar usul PAU itu. Jika sekiranya dalam proses penamaan calon presiden dan timbalan presiden terdapat calon lain, maka akan berlaku pertandingan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, usul dalam PAU tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan UMNO dari aspek tujuan dan kesan kepada pelanggaran usul terbabit.
Katanya, usul yang bertujuan meminda peruntukan perlembagaan hanya boleh menguatkuasakan inti pati usul itu apabila pindaan peruntukan berkaitan telah dipinda.
“Usul yang berbentuk keputusan pula adalah suatu ketetapan untuk mencapai objektif pertubuhan dan perlu selari dengan peruntukan perlembagaan pertubuhan.
“Pewakilan adalah kuasa tertinggi kerana mereka boleh pinda peruntukan perlembagaan pertubuhan mengikut tatacara yang diperuntukkan oleh perlembagaan pertubuhan itu serta kerana kuasa lain yang ada pada pewakilan itu, termasuklah membuat usul dan pemilihan parti mengikut kaedahnya,” katanya.
Beliau menambah, sekiranya usul PAU itu dijadikan asas untuk mengambil tindakan disiplin terhadap calon yang mencabar penyandang sedia ada dan calon lain dihalang bertanding atau tidak dikemukakan walaupun selepas melepasi syarat yang dikenakan, barulah timbul isu kedudukan usul PAU itu.
“Adakah ada pelanggaran usul PAU oleh cawangan dan bahagian yang menamakan calon presiden dan timbalan presiden. Adakah calon yang menerima pencalonan itu selain penyandang sedia ada boleh membawa kepada tindakan disiplin parti, itu akan menimbulkan isu,” katanya.
Wan Ahmad Fauzi berpandangan, menteri hanya boleh mengecualikan sesuatu pertubuhan daripada peruntukan Akta Pertubuhan, bukan peruntukan perlembagaan pertubuhan.
Polemik membabitkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan bermula selepas PAU Khas pada Januari lalu, meluluskan usul tambahan yang didakwa tidak mengikut prosedur.
Susulan itu, pada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO memfailkan notis bantahan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung ketetapan PAU terbabit yang didakwa mereka tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan parti.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan, memaklumkan, KDN memberi pengecualian kepada UMNO dalam isu berkenaan.
Ia adalah pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertanding jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti tahun ini.
Keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966.
Seksyen 13(1)(c)(iv) akta berkenaan pula memperuntukkan pendaftar boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan berdaftar yang didapati melanggar secara sengaja mana-mana peruntukan atau peraturan dalam akta itu. BH
Menteri hanya ada kuasa terhadap Akta Pertubuhan, bukan perlembagaan pertubuhan
Baca Artikel Menarik:
- Tun atau Tan Sri tak terlepas siasatan – Anwar
- Farid Kamil perli siapa tu?
- MP PAS minta maaf pada Baby Shima
- Najib lanjut pengajian pasca siswazah
- Yazmin Aziz yakin hubungan kali ini tahan lama
- Musa Hassan bagi tips buat para isteri
- Tiket konsert Hael Husaini tak laku?
- Sultan Johor kini pemegang saham kedua terbesar dalam Melaka Gateway
- Apa dah jadi dengan UMNO? – Hishammuddin
- Kenal di WeChat, terus buat ‘projek’
- Dipukul setengah mati, saya maafkan, curi wang, saya tiada kuasa maafkan – Anwar
- Malu betul Presiden dan timbalan kekal berkuasa kerana ehsan menteri PKR – Khairy
- Tayar treler terpelanting bunuh peniaga air di Setiu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]
Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis
You must be logged in to post a comment.