‘Ini abang Mat la….. i will reveal everthing’

‘Ini abang Mat la….. i will reveal everthing’

Selepas diasak pelbagai pihak supaya mendedahkan syarikat tunggal yang diberi kebenaran mengimport telur dari India, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akhirnya mendedahkan nama syarikat itu dikenali sebagai J&E.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu menangkis dakwaan beberapa pihak mengatakan pihaknya mahu menyembunyikan nama syarikat berkenaan yang didakwa menerima tender rundingan terus.



“Syarikat J&E, pergi check (periksa) tengok siapa Director (Pengarah), Pengerusinya.

“Saya tidak sembunyi apa-apa…I will reveal everything (saya akan dedah semua)…Ini bang Mat la, dah jadi kerajaan ini cakap slow (perlahan) sikit, kalau duduk sebelah sana (pembangkang) seronok, tapi dah duduk sebelah sini (kerajaan) tak mau dah lah pi (pergi) belah sana,” katanya dalam sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menerima asakan daripada Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) supaya mendedahkan nama tunggal syarikat yang menerima kebenaran mengimport telur dari India.

Baru-baru ini didedahkan syarikat J&E Advance Tech Sdn Bhd adalah pengimport tunggal telur dari India.



Identiti pengimport itu terdedah dalam satu surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wee Ka Siong.

Syarikat itu menerusi peguamnya S Ravichandaran mendakwa, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Ayer Hitam secara langsung menjejaskan perniagaannya.

Sebelum ini, Mohamad mendedahkan kerajaan sudah memberikan kebenaran kepada satu syarikat untuk pengimportan telur dari India tetapi tidak mendedahkan nama syarikat walaupun dipersoalkan semasa sesi sidang Dewan Rakyat.

Syarikat itu diberikan kebenaran berdasarkan pengalaman mereka membawa masuk telur dari India ke Qatar bagi memenuhi keperluan ketika penganjuran Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.



Untuk rekod, sejumlah 13.4 bilion telur dikeluarkan pada 2018 di negara ini, 10.9 bilion (2019); 12.9 bilion (2020); 13.6 bilion (2021), dan 13.3 bilion pada 2022.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, beliau berkata, sebanyak 2.4 bilion telur dikeluarkan.

Secara puratanya, Malaysia memerlukan 11.6 bilion setahun bagi memenuhi permintaan domestik dengan kadar penggunaan purata 986 juta telur sebulan. HM

‘Ini abang Mat la….. i will reveal everthing’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker