Pelakon berdepan hukuman gantung kerana mengedar dadah

Pelakon berdepan hukuman gantung kerana mengedar dadah

Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, menetapkan 31 Mac nanti bagi mengetahui laporan kimia terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis ganja dihadapi seorang pelakon dan tiga rakannya.

Majistret Wong Chai Sia membuat keputusan itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sareeka Balakrishnan bahawa laporan itu masih belum diterima.

Terdahulu, pelakon terbabit, Said Muhammad Ismail Said Pakir, 29, dan tiga lagi tertuduh, H S Sarvinder Singh, 23, Muhammad Amir Hafiz Zamani, 30, dan Delson Dean Samson Akmal, 26, didakwa pada 10 Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret berkenaan kerana kes membabitkan hukuman mati berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh secara bersama mengedar ganja seberat 494 gram di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini, jam 9.34 malam pada 3 Januari lalu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati atau dikenakan sebatan minimum sembilan kali dan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, tiga tertuduh iaitu Said Muhammad Ismail, Muhammad Amir Hafiz dan Delson Dean diwakili peguam, Mohamaed Ashmeer Ashrof, manakala Savinder Singh diwakili peguam Shastidaran Sathaiseelan.

Said Muhammad Ismail adalah pemilik kedai vape, manakala Savinder Singh serta Delson Dean bekerja di kedai vape berkenaan dan Muhammad Amir Hafiz pula penjual burger.

Sebelum ini, media melaporkan empat lelaki ditahan selepas dipercayai menjual ganja dalam bentuk cecair rokok elektronik atau ‘vape’ dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama pada 3 Januari lalu. HM

Pelakon berdepan hukuman gantung kerana mengedar dadah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker