Bella Astillah menangis dengan Shuhada

RAMAI simpati melihat keadaan wajah Shuhada yang mengalami parut kekal kesan tumbukan bekas suaminya, Hafidz Roshdi.

Penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini bersama bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu dilihat meluangkan masa bersama Shuhada di sebuah restoran dalam suasana penuh emosi.

“Selamat Hari Wanita Sedunia untuk semua wanita hebat dan cantik di luar sana. Teruskanlah menyinar bukan untuk hari ini, tetapi setiap hari.

“Terutamanya kepada adik saya yang cantik, Shuhada. Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi,” tulisnya.



Dalam video penuh kesayuan itu, kelihatan Shuhada tidak dapat menahan linangan air mata, begitu juga dengan Bella apabila mereka berdua menangis sambil berpegangan tangan.

Baik Bella mahupun Shuhada, beberapa kali mereka dilihat mengesat air mata menerusi rakaman video tersebut.

Di penghujung video, kedua-dua wanita itu berpelukan sambil tersenyum, sekali gus membuktikan mereka berdua kuat melawan dugaan hidup masing-masing.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengguna Instagram termasuk dalam kalangan selebriti turut berkongsi rasa duka apabila melihat keadaan Shuhada gara-gara wajahnya yang berparut selepas dikasari bekas suaminya.



“Dayus seorang lelaki yang berani berdepan dengan wanita yang lemah,” komen seorang netizen.

“Semoga Shuhada terus kuat dan menjadi wanita hebat selepas ini,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Jangan turutkan kesedihan yang hanya akan merosakkan diri. Anak-anak masih kecil, jaga kesihatan terutama hormon. Bahagia pasti akan hadir,” pujuk seorang lagi netizen.

Terdahulu, industri seni hiburan tempatan dikejutkan dengan kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi apabila didakwa berlaku curang bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada.



Kemelut rumah tangga memuncak apabila Hafidz dikatakan telah melafazkan talak satu terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon disaksikan oleh ahli keluarga wanita itu.

Pada 2 Mac lalu, media sekali lagi dikejutkan apabila Shuhada membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan akibat ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka sehingga terpaksa menerima 10 jahitan dan meninggalkan parut kekal pada wajahnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker