Ronaldo tersinggung jeritan Messi

Ronaldo tersinggung jeritan Messi

Cristiano Ronaldo menjadi viral semalam selepas reaksinya terhadap seorang budak lelaki yang memberitahunya bahawa Lionel Messi lebih bagus berbanding dirinya.

Insiden itu berlaku selepas perlawanan Al Nassr Jumaat lalu ketika dia mencipta kebangkitan berdepan Al Baten pada 15 minit tambahan masa untuk kemenangan pasukannya.

Ronaldo, 38, meninggalkan padang untuk ke bilik persalinan selepas kemenangan 3-1 itu dan seorang budak menjerit, “Messi jauh lebih baik.”

Bintang Portugal itu tampak tidak menghiraukannya dan budak itu menjerit kerana tidak suka dengan cara perlawanan itu ditamatkan.

“Dan ia perlawanan yang mudah,” kata Ronaldo.

Sebahagian media melaporkan bahawa CR7 membalas jeritan budak itu dengan menyuruhnya melihat Messi.

Al Nassr bermain di laman sendiri menentang Al Baten dan pelawat mendahului pada awal aksi.

Skuad kendalian Rudi Garcia bagaimanapun melengkapkan kebangkitan hasil gol pada minit ke-93, 112 dan 114.

Pegawai keempat perlawanan menambah 12 minit masa kecederaan ketika skuad diketuai Ronaldo ketinggalan satu gol dengan ramai percaya ia tidak patut diberikan. BH

Ronaldo tersinggung jeritan Messi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker