Ismail mahu Zahid tunjuk surat JPPM

Ismail berkata ada dua laporan media bercanggah berkait keputusan JPPM mengenai usul tiada pertandingan ‘top 2’.

Ismail mahu Zahid tunjuk surat JPPM

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mahu melihat bukti surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) yang menyatakan Umno tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung usul tiada pertandingan dua jawatan tertinggi dalam pemilihan parti tidak lama lagi.

Ismail berkata, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi perlu menunjukkan surat itu secara terbuka kerana terdapat dua laporan berita berbeza mengenai hasil siasatan JPPM itu.



“Minta dia (Zahid) tunjuk surat JPPM itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza.

“Satu kata JPPM tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail tidak menjelaskan media apa yang melaporkan JPPM menolak usul dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 itu.

Malam tadi, Zahid mendedahkan JPPM memutuskan Umno tidak melakukan sebarang kesalahan dengan meluluskan usul tambahan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.



“Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menerima surat bertarikh 3 Mac yang memaklumkan keputusan menteri dalam negeri berhubung usul itu,” katanya dalam satu sidang media.

Menurut surat yang dibaca Zahid itu, Kementerian Dalam Negeri memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 (1)(c) (14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

JPPM berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Zahid berkata surat itu adalah satu keabsahan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno disahkan tidak dipertandingkan.



“Ini kerana semua klausa dalam perlembagaan parti juga turut diikuti oleh pengerusi tetap.

“Ini termasuk pengerusi tetap meminta perwakilan menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan usul itu,” katanya yang menambah 95% daripada perwakilan bersetuju.

Dalam Perhimpunan Agung Umno pada Jan lalu, parti itu meluluskan usul tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Bagaimanapun, JPPM pada bulan lalu dilaporkan menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan.



Siasatan itu dibuat selepas dua ahli Umno memfailkan aduan kepada JPPM mendakwa tindakan membentangkan usul itu di perhimpunan agung melanggar Artikel 10 perlembagaan parti itu.

Mereka menegaskan bahawa, sesuatu usul perlu dibentangkan dua minggu sebelum perhimpunan agung, atau tujuh hari sekiranya ia dibentangkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Pemilihan Umno akan berlangsung pada 11 Mac ini dengan jawatan kepimpinan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri dipertandingkan, manakala jawatan ketua bahagian, naib presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan dipilih pada 18 Mac. FMT

Ismail mahu Zahid tunjuk surat JPPM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker