Bersatu perlu henti ‘nostalgia lapuk nak selamat negara’

 

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin mempertikaikan keperluan pembentukan gabungan besar merangkumi Perikatan Nasional (PN), BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menghadapi PRU15.

“Malaysia tidak memerlukan penubuhan ‘coalition over coalition’  (gabungan atas gabungan) kerana umum mengetahui ia adalah strategi survival untuk mendapat kekuatan dari sokongan parti terbesar dan bukannya melalui sokongan jitu pelbagai lapisan masyarakat.

“Sebelum ini kita telah menubuhkan kerajaan PN atas kerjasama ahli-ahli parlimen walaupun itu bukan cerminan pilihan rakyat. Tindakan tersebut gagal mewujudkan kestabilan politik yang diharapkan.

“Apakah jaminan yang ‘coalition over coalition’ ini akan membuahkan kestabilan politik yang Malaysia perlukan,” soalnya pada satu kenyataan hari ini.

Azmin perlu henti menipu, dakwa Mahathir terbabit Langkah Sheraton – Pejuang

Menurut Khaled, negara memerlukan kerajaan yang kuat dengan mendapat mandat sebenar melalui pilihan raya umum “tanpa berlengah.”

“Bersatu mesti berhenti bernostalgia dengan cerita lapuk pengorbanan mereka menyelamatkan negara. Semua retorik tersebut telah jelas hanya jalan mudah untuk ‘menyelamatkan’ parti masing-masing agar kekal berkuasa.

“Segeralah kita semua ke medan sebenar untuk menentukan Kerajaan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat,” tegasnya.

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin mencadangkan pemeterian “piagam persefahaman politik” yang akan memastikan kelangsungan kerjasama antara PN, BN dan GPS pada PRU15.

“Dengan termeterainya piagam ini, rakyat akan lebih yakin bahawa gagasan tersebut mempunyai kestabilan politik yang kukuh serta keupayaan untuk terus mentadbir negara melalui dasar-dasar bagi memajukan ekonomi, membangunkan negara dan membela rakyat di masa hadapan,” katanya

Ahli politik henti sentimen perkauman, etnik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker