Jambatan Bailey akan segera dibina di Felda Selancar – Zahid

Zahid berkata jambatan itu mengambil masa 48 hingga 72 jam untuk disiapkan.

Jambatan Bailey akan segera dibina di Felda Selancar – Zahid

ROMPIN: Sebuah jambatan bailey akan dibina segera di jalan utama ke Felda Selancar di sini yang runtuh di kedua-dua arah pada awal pagi tadi, akibat limpahan air deras ekoran hujan lebat berterusan sejak semalam.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan jambatan itu akan dibuat, sebaik sahaja ia sampai ke lokasi kejadian dengan jangkaan siap antara tempoh 48 hingga 72 jam.

Menurutnya beliau mengarahkan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Khairul Shahril Idrus, untuk menyediakan peruntukan selain turut menghubungi Panglima Tentera Darat Zamrose Mohd Zain, untuk menghantar Kor Jurutera Diraja Angkatan Tentera Darat (ATM) bagi membina jambatan itu.

“Ribuan penduduk di Felda Selancar terjejas (akibat kejadian ini) kerana ini merupakan jalan utama yang menghubungkan mereka ke serata Pahang dan Johor.

“Ini (jambatan bailey) adalah langkah sementara, bagi memastikan laluan ini dapat digunakan semula sebelum jalan baharu dibina Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sekurang-kurangnya akan membantu penduduk terus melakukan perjalanan mereka,” katanya selepas melawat jalan tersebut.

Dalam pada itu, Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata beliau dimaklumkan, terdapat lebih 100 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat berbuat demikian hari ini, ekoran kertas peperiksaan tidak dapat dibawa ke pusat peperiksaan.

Selain itu, beliau memaklumkan usaha sedang dilakukan, bagi memastikan seorang penduduk yang perlu menjalani dialisis mendapatkan rawatan segera.

Hari ini, Ketua Polis Rompin Mohd Azahari Mukhtar memaklumkan jalan itu dipercayai runtuh pada jam 4 pagi tadi, menyebabkan ia ditutup kepada semua kenderaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahid berharap penduduk di kawasan terdedah banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini, memandangkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan ramalan hujan berterusan di kebanyakan tempat. FMT

Jambatan Bailey akan segera dibina di Felda Selancar – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker