Pemilihan Naib Presiden UMNO paling sengit dalam sejarah
SHAH ALAM – Pemilihan UMNO bagi sesi 2023 hingga 2026 yang bakal berlangsung pada Mac nanti merupakan pertandingan paling sengit dalam sejarah parti.
Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, ia terutama bagi jawatan Naib Presiden oleh kerana terdapat tujuh calon yang berkaliber untuk menyandang kerusi itu.
Jelas beliau, kesemua calon bagi Naib Presiden merupakan individu yang mempunyai latar belakang, keperibadian hebat menjadikan kesemua mereka layak menjawat jawatan itu sekiranya terpilih.
“Perlu diingatkan bahawasanya pemilihan ini adalah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Kita (UMNO) kalah pada PRU lepas.
“Pada saya, mereka ini ada kesedaran menyebabkan ramai nak turut serta untuk sama-sama duduk dalam lima teratas bagi membantu parti.
“Niat atau hasrat mereka baik kerana nak pulihkan UMNO. Saya fikir dari sudut positif. Ia satu persaingan yang sengit.
“Dalam pemilihan lepas, kita nampak kurang orang (calon) nak bertanding sebab tiada semangat.
“Mereka yang mencalonkan diri ini mempunyai semangat untuk bantu dan berkhidmat kepada UMNO untuk kuat semula,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan lebih 270 calon mengesahkan untuk bertanding merebut jawatan di peringkat pusat dan 74 daripadanya adalah jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Bagi jawatan Naib Presiden UMNO, seramai tujuh individu disahkan bertanding setelah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menarik diri daripada pencalonan.
Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, Othman berkata, tiada punca yang menyebabkan mereka mencalonkan diri selain secara sukarela berkhidmat untuk parti tersebut.
“Contohnya, kita ada calon dari Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
“Mereka tawar diri sebab atas niat ingin berkhidmat kepada UMNO.
“Atas diri sendiri, bukan bertujuan untuk melakukan perpecahan atau desakan orang,” jelasnya.
UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun 2021.
Pada 29 Julai 2022, setelah membuat permohonan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan untuk menangguhkan pemilihan parti tersebut selepas PRU15.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemilihan parti di semua peringkat perlu diadakan tidak melebihi enam bulan selepas PRU diadakan.
SENARAI CALON PEMILIHAN UMNO
Naib Presiden UMNO:
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (penyandang)
Datuk Seri Mahdzir Khalid (penyandang)
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Datuk Seri Ir Hasni Mohamad
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Datuk Seri Azalina Othman Said
Ketua Wanita UMNO:
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (penyandang)
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua Wanita UMNO:
Datuk Norliza Abdul Rahim (penyandang)
Datuk Rosni Zahari
Ketua Pemuda UMNO:
Datuk Mohd Shahar Abdullah
Dr Muhamad Akmal Saleh
Datuk Armand Azha Abu Hanifah
Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
Meor Hassan Mat Ali
Ketua Puteri UMNO:
Datuk Khaidhirah Abu Zahar
Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi
Nurul Hazwani Haslan
Dr Masliha Harun
Fadwah Anuwar
Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zambry tarik diri tanding naib presiden Umno
- Pengurus jenazah ‘diusik wanita’ berbaju kebaya lusuh
- Bank diminta tambah duit RM10, RM20 di ATM
- Suami tempah pelacur, yang datang isteri
- Lapan calon naib presiden berentap
- Kepala model akhirnya ditemui dalam periuk
- Tragedi pusaran air, 2 beradik lemas di air terjun Sedim
- Suami akhirnya minta bantuan polis setelah isteri dan anak lelakinya kurung diri dalam rumah selama 3 tahun akibat takutkan Covid-19
- Tembak zakar anak saudara kerana curi pasir
- Akibat berduaan di kebun, budak bawah umur dinikahkan
- Pasangan naik motosikal berpelukan seperti ‘buat projek’ tanpa rasa malu
- Rider tendang pengawal taman perumahan dikesan polis
- Selangor akan dihukum pengundi berkait isu Bukit Cherakah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri