Pengarah pemasaran kantoi simpan senjata dalam hospital

Pengarah pemasaran kantoi simpan senjata dalam hospital

Pengarah pemasaran sebuah hospital di utara New Jersey, Amerika Syarikat (AS) berdepan tuduhan berkaitan pemilikan senjata selepas rahsia beliau menyimpan senjata di hospital terdedah.

Menurut polis, senjata terbabit ditemui ketika pemeriksaan susulan ancaman bom di Hospital Hudson Regional pada 18 Julai lalu, yang kemudian disahkan palsu.



Sebaliknya, sewaktu pencarian, anjing pengesan bom membawa penyiasat ke almari pejabat yang tidak berkunci, di mana puluhan senjata api ditemui.

Polis berkata, antara senjata api itu ialah 11 pistol dan 27 raifal atau senapang patah.

Dalam almari sama turut ditemui senapang separa automatik berkaliber 45 dengan kelopak peluru berkapasiti tinggi yang ditentusahkan sebagai selaras raifal serangan dan kelopak peluru pistol berkapasiti 14 pusingan.

Susulan itu, polis memberkas Reuven Alonalayoff, di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, Ahad lalu.



Penduduk Elmwood Park yang berusia 46 tahun itu didakwa dengan pemilikan selaras raifal serangan dan memiliki dua kelopak peluru berkapasiti tinggi.

Alonalayoff dijadual tampil di mahkamah pada 22 Ogos ini.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada dia diwakili peguam atau sebaliknya manakala pihak hospital setakat ini belum mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara itu. BH

Pengarah pemasaran kantoi simpan senjata dalam hospital




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)



Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker