Pertarungan sengit calon heavyweight PRU-15

SHAH ALAM – Dalam tempoh seminggu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti politik seluruh negara dilihat rancak mengumumkan calon masing-masing.

Untuk rekod, kesemua parti politik diberi tempoh sebanyak 16 hari untuk memuktamadkan bukan sahaja pembahagian kerusi, malah mengenal pasti kawasan diyakini mampu menang sebelum 5 November ini.

Tentunya paling mencuri tumpuan adalah kerusi yang bakal ditandingi calon heavyweight terutama kepimpinan tertinggi parti masing-masing.

Paling awal mengumumkan pencalonannya ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun.

Oleh itu, Anwar akan bertembung penyandang Parlimen berkenaan yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sejak mula diwujudkan pada tahun 1986, Tambun merupakan kawasan majoriti Melayu yang secara tradisinya dikuasai UMNO dan BN, sebelum jatuh ke tangan Bersatu yang ketika itu bertanding di bawah gabungan PH pada PRU14.

Pada PRU14, Ahmad Faizal memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan 38,661 undi yang ketika itu bertanding menggunakan ‘tiket’ PKR.

Beliau menewaskan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada BN dan calon Pas, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria.

Sementara itu, beberapa kerusi Parlimen dijangka menyaksikan persaingan di antara calon heavyweight parti yang berbeza seperti Gombak melibatkan penyandangnya, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal sejak tahun 2008 itu, berkemungkinan besar berhadapan Menteri Besar Selangor merangkap Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari.

 

Dari kiri; Rina, Wan Azizah, Johari dan Amirudin.
Dari kiri; Rina, Wan Azizah, Johari dan Amirudin.

 

Gambaran kebarangkalian tersebut semakin jelas apabila Anwar pada Rabu, memberi bayangan partinya akan menghantar ‘Panglima Selangor’, merujuk kepada Amirudin untuk bersaing di kerusi tersebut.

Untuk rekod, Mohamed Azmin ialah individu yang mengetuai seramai 10 orang ahli Parlimen PKR keluar daripada parti itu sekali gus menumbangkan kerajaan PH.

Turut mencuri tumpuan, persaingan di Parlimen Titiwangsa yang bakal menyaksikan pertembungan tiga pimpinan utama parti iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), BN dan Bersatu.

Ia dijangka melibatkan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Parti Amanah di bawah gabungan PH secara rasmi mengumumkan Khalid yang sebelum ini Ahli Parlimen Shah Alam selama empat penggal sejak 2004, bersaing di kerusi tersebut pada PRU15, manakala Johari menyatakan kesediaannya merampas kembali kawasan berkenaan.

Pada PRU14, Johari tewas di tangan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PH, Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan majoriti 4,139.

Difahamkan, Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu akan bertanding di Parlimen Sepang.

PKR pula bakal mempertaruhkan bekas Presidennya merangkap Pengerusi Penasihat parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Bandar Tun Razak.

Dr Wan Azizah yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dilihat mula menyantuni penduduk di kawasan berkenaan sejak Khamis.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker