Jantung Ebby Yus hanya mempunyai kekuatan 27 peratus

Dia juga berkemungkinan besar perlu menjalani rawatan dialisis seumur hidup

Jantung Ebby Yus hanya mempunyai kekuatan 27 peratus

PELAKON Ebby Yus mendedahkan kemungkinan besar dia perlu menjalani rawatan dialisis seumur hidup susulan penyakit buah pinggang yang dihidapinya.

Malah, bukan itu sahaja, Ebby yang popular dengan sitkom Jawatankuasa Kampung Kalut di TV3 itu juga berdepan dengan masalah jantungnya yang sangat lemah dan hanya mempunyai kekuatan 27 peratus sahaja.



“Baru-baru ini doktor keluarkan air yang telah memasuki paru-paru dan jantung saya.

“Doktor mengingatkan saya kalau keadaan memaksa, dialisis adalah pilihan terakhir yang perlu dibuat… begitu juga dengan jantung saya hanya ada kekuatan 27 peratus sahaja,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Sebelum ini Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid,58, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama seminggu berikutan keadaan kesihatannya yang menurun.

Malah, Ebby turut dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat.



“Sebelum masuk HKL, tubuh saya terlalu lemah sehingga tidak mampu berjalan dan saya juga sesak nafas sehingga terpaksa meminta kawan segera menghantar saya ke HKL.

“Selama di HKL, doktor tebuk keluarkan air dan saya dirawat dalam ICU,” katanya .

Ebby juga mengakui tahap kesihatannya sudah tidak seperti normal berikutan dia memerlukan rawatan serta pemerhatian berterusan daripada pasukan perubatan.

Namun demikian, Ebby tetap meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kepercayaan serta rezeki dalam industri seni.



“Saya bersyukur kerana masih ada kerja lakonan yang ditawarkan kepada saya. Ada sahaja undangan berlakon komedi yang saya terima… tapi terbatas untuk penggambaran dalam studio sahaja.

“Kalau di luar studio, maaf saya tidak dapat menerimanya kerana keadaan kesihatan saya.

“Ada banyak hikmah yang mungkin kita tidak sedar, jadi elok sangat kita ceria dan sentiasa positif,” luahnya. Utv

Jantung Ebby Yus hanya mempunyai kekuatan 27 peratus



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat



Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker