Tokoh ilmuan Dr. Mohd Kamal meninggal dunia
Tokoh ilmuan Dr. Mohd Kamal meninggal dunia
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan meninggal dunia pada usia 81 tahun pada awal pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh IKIM menerusi satu hantaran Facebook sebentar tadi.
“Dengan rasa dukacita yang amat mendalam, Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan semua warga IKIM, menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Professor Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal Hassan, Pengerusi IKIM yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2.27 pagi, 23 Februari 2023 bersamaan 2 Syaaban 1444H,” jelas hantaran itu.
Dilaporkan bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kembali ke rahmatullah kerana kompilasi berkait rapat dengan prosedur pembedahannya sebelum ini.
Allahyarham dilantik sebagai Pengerusi IKIM pada Februari tahun lalu.
Beliau adalah seorang tokoh pemikir Islam yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.
Dilahirkan pada 1942 di Pasir Mas, Kelantan, Allahyarham mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Malaya pada 1965 dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah, Columbia University, New York pada 1975.
Keilmuan serta ketokohan beliau diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.
Tokoh itu pernah diamanahkan sebagai Rektor UIAM pada 1999 sehingga 2006.
Beliau turut berperanan sebagai Pengerusi, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), sebuah lembaga yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Utusan
Tokoh ilmuan Dr. Mohd Kamal meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
- PAS ada banyak duit – Nik Zawawi
- Model bunuh diri kerana pembuli siber
- 5 ADUN Sabah lompat belum tentu selamatkan Gagasan Rakyat
- Jana Wibawa: Datuk Teo didakwa terima rasuah RM12.8 juta
- Syed Saddiq bela diri terhadap empat tuduhan jenayah hari ini
- Adam Radlan mengaku tak salah terima rasuah RM4.1 juta
- Mudah-mudahan kes YB digugurkan macam saya – Shahrir
- Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib
- Polis buru individu menyamar TMJ dapatkan projek
- Masa sedap kau hilang kopiah – Zarina Anjoulie
- Penjawat awam dicekup khalwat dengan janda anak 11
- Dulu lawan, sekarang kawan
- Bung sifatkan Adun UMNO Sabah yang ‘melompat’ macam monyet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom