DPP pertahan komen FB suami Ketua Hakim Negara terhadap Najib
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu hantaran Facebook (FB) suami Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimum Tuan Mat pada 2018 tidak menunjukkan beliau mempunyai permusuhan peribadi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sebaliknya komen umum mengenai rakyat di media sosial.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk V Sithambaram, berkata ini kerana hantaran itu adalah ulasan peribadi semata-mata mengenai senario politik yang membawa kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14.
“Tiada kaitan antara hantaran itu yang disiarkan pada 11 Mei 2018 dengan rayuan Najib di hadapan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu.
Adalah sukar dipercayai bahawa pemohon (Najib) hanya menyedari mengenai hantaran FB ini pada 22 Ogos tahun lalu iaitu beberapa jam sebelum pendengaran rayuan pada 23 Ogos tahun lalu.
“Pemfailan permohonan penarikan diri (Ketua Hakim Negara) adalah percubaan terakhir yang terdesak untuk tidak meneruskan pendengaran rayuan. Kebetulan luar biasa apabila pemohon mendapat tahu daripada hantaran FB awam beberapa jam sebelum tamat pendengaran rayuan pada 23 Ogos tahun lalu.
“Yang Arif, sebenarnya mereka tahu mengenai hantaran itu, tetapi mendapati ia tidak layak untuk permohonan menarik diri sebelum itu. Permohonan dalam tempoh 11 jam itu adalah usaha terdesak semata-mata untuk menangguhkan rayuan,” tegasnya.
Berhubung pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim Suflan Th Liew (ZIST), DPP itu berkata tujuan utama kes SRC International dikendalikan oleh firma terbabit pada tahun lalu adalah bagi memohon penangguhan.
Sithambaram berkata, firma itu tidak sepatutnya mengambil alih kes itu daripada Tetuan Shafee & Co jika mereka tidak bersedia untuk meneruskan rayuan pada tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran itu pada Ogos 2022.
“Tetuan ZIST mengambil alih kes itu dengan tujuan semata-mata untuk meminta penangguhan kes. Perlu diingat bahawa tarikh pendengaran rayuan utama ditetapkan empat bulan lebih awal atas permintaan peguam cara pemohon, Tetuan Shafee & Co.
“Walaupun Najib mempunyai hak untuk melantik peguam cara pilihannya, ia harus dilakukan lebih awal agar tidak mengganggu tarikh pendengaran yang telah ditetapkan empat bulan lebih awal dengan persetujuan semua pihak,” katanya sambil menambah tindakan peguam cara atau peguam pemohon tidak boleh dibiarkan kerana jika sebaliknya, ia bermakna penangguhan sentiasa boleh diperoleh oleh peguam cara atau peguam baharu yang mengambil alih kes-kes pendengaran yang ditetapkan.
Menjelaskan tindakan bekas peguam Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang melepaskan dirinya daripada mewakili bekas perdana menteri itu, timbalan pendakwa raya menegaskan Mahkamah Persekutuan mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan peguam menarik diri, terutama di tengah-tengah perbicaraan.
Sithambaram berkata, peguam yang tidak diberi penangguhan rayuan tidak dibenarkan menggunakan kaedah pintu belakang untuk menangguhkan rayuan dengan strategi taktikal untuk melepaskan dirinya.
Beliau seterusnya berhujah bahawa tindakan melucutkan Tetuan Shafee & Co daripada mewakili pemohon adalah satu langkah strategik oleh Najib untuk menangguhkan rayuan terbabit.
“Kami mengatakan ini kerana firma itu terus mewakili pemohon dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada setiap masa yang berkaitan. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir mewakili Najib dalam permohonan penarikan diri (hakim) dalam rayuan ini. Justeru, pelepasan Tetuan Shafee & Co adalah satu tindakan meragukan untuk memaksa mahkamah menangguhkan rayuan itu.”
Timbalan pendakwa raya kanan itu berkata demikian pada pendengaran permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Najib dalam permohonan semakannya memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun pada 23 Ogos tahun lalu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS ada banyak duit – Nik Zawawi
- Model bunuh diri kerana pembuli siber
- 5 ADUN Sabah lompat belum tentu selamatkan Gagasan Rakyat
- Jana Wibawa: Datuk Teo didakwa terima rasuah RM12.8 juta
- Syed Saddiq bela diri terhadap empat tuduhan jenayah hari ini
- Adam Radlan mengaku tak salah terima rasuah RM4.1 juta
- Mudah-mudahan kes YB digugurkan macam saya – Shahrir
- Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib
- Polis buru individu menyamar TMJ dapatkan projek
- Masa sedap kau hilang kopiah – Zarina Anjoulie
- Penjawat awam dicekup khalwat dengan janda anak 11
- Dulu lawan, sekarang kawan
- Bung sifatkan Adun UMNO Sabah yang ‘melompat’ macam monyet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET