Dapatkan ‘refund’ Nike anda yang rosak

Dapatkan ‘refund’ Nike anda yang rosak

Nike adalah jenama besar yang banyak mengeluarkan kasut untuk pelbagai jenis gaya atau sukan. Kebanyakan rakyat Malaysia juga selesa dengan jenama ini kerana gayanya yang mengikut peredaran zaman dan memberi keselesaan kepada si pemakai.

Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah adalah masih ramai pengguna yang masih belum mengetahui bahawa hak mereka dilindungi dengan baik oleh jenama Nike. Terutamanya apabila kasut yang anda pakai rosak.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Muhammad Shalhadi, beliau menerangkan bagaimana cara untuk mendapatkan kembali wang anda setelah kasut jenama Nike yang anda beli rosak.

Caranya sangat mudah, pertamanya anda hanya perlu berhubung dengan talian khidmat pelanggan Nike. Anda boleh berhubung di laman sesawang khidmat pelanggan dengan tiga cara – pertama melalui panggilan telefon, kedua dengan bercakap terus di bahagian Nike Chat dan ketiga adalah melawat butik Nike berhampiran.

Setelah kes anda disahkan oleh Nike, anda akan diminta untuk menghantar kembali kasut itu kepada Nike. Proses ini akan ditanggung sendiri oleh Nike dan mereka akan menghantar pihak penghantaran untuk mengambil kasut anda.

Dalam beberapa hari, anda akan menerima email pengesahan daripada mengenai kasut yang dihantar dan anda juga akan menerima email pengesahan mengenai wang kembalian anda. Selepas itu pihak Nike akan meminta anda untuk mengisi borang dan beberapa hari selepas itu, wang anda akan dikembalikan.

Difahamkan bahawa proses ini hanya berlaku kepada pembeli yang membeli kasut daripada laman sesawang Nike atau aplikasi Nike. Manakala jika anda membeli menerusi kedai rasmi Nike, anda akan diminta untuk ke kedai tersebut. Selain itu, setiap pembelian kasut Nike, anda akan mendapat waranty selama 2 tahun.

Semoga ilmu ini bermanfaat kepada pengguna Nike, bukan apa, daripada anda membeli kasut baharu. Lebih baik anda gunakan hak anda sebagai pengguna. Vc

Dapatkan ‘refund’ Nike anda yang rosak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker