Buaya Tanjung Bidara bakal diberkas

Buaya Tanjung Bidara bakal diberkas

PERHILITAN Melaka hari ini melancarkan operasi menangkap dan memindahkan buaya yang dikesan sering berada di persisiran pantai Tanjung Bidara hingga Kuala Linggi, di sini.

Operasi yang dibantu pelbagai pasukan keselamatan dan agensi kerajaan itu bertujuan memindahkan seekor buaya dianggarkan sepanjang lebih dua meter dan seberat lebih 200 kilogram ke Paya Indah, Sepang Selangor.



Pengarah PERHILITAN negeri, Mohd Firdhaus Mahmood, berkata operasi itu dilaksanakan dengan memasang dua perangkap buaya, masing-masing di persisiran pantai peranginan Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara, iaitu lokasi yang dikatakan sering menjadi laluan haiwan liar berkenaan.

“Operasi hari ini mencuba mengesan di mana buaya itu berada dan laluannya dan jika ada, usaha menghalaunya ke kawasan perangkap dipasang akan dilakukan.

“Walaupun setakat ini belum ada laporan nelayan atau pengunjung pantai peranginan di sini diserang buaya, usaha proaktif harus dilakukan bagi menjamin keselamatan orang ramai,” katanya ketika ditemui pada operasi itu di Kompleks Perahu Layar, Pengkalan Balak di sini.

Selain pegawai dan kakitangan PERHILITAN, operasi itu turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) serta Majlis Perbandaran Alor Gajah.



Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sungai Linggi yang dipenuhi hutan bakau menjadi habitat buaya kerana terpelihara daripada pencemaran yang lazimnnya berpunca daripada kegiatan perladangan di kawasan berhampiran sungai.

Beliau meminta orang ramai yang berkelah di pantai berkenaan supaya berhati-hati dan segera naik ke darat jika mengesan haiwan berkenaan di persisiran pantai.

Akhbar pada 6 Februari lalu melaporkan buaya berkenaan dikesan berenang dari Tanjung Bidara ke Kuala Linggi yang menyebabkan pengunjung pantai yang mandi-manda terpaksa naik ke darat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.



Selain di pantai Tanjung Bidara hingga Kuala Linggi, buaya yang sama dipercayai turut berenang hingga Pantai Puteri, Tanjung Kling sebelum ini. BH

Buaya Tanjung Bidara bakal diberkas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker