Tangguh kahwin kerana bina rumah perlindungan kucing

Do Duong Truc Lam (kiri) dan Ngo Dinh Van Khanh memelihara lebih 100 ekor kucing di bandar raya Ho Chi Minh. – VNEXPRESS

Sepasang kekasih menangguhkan perkahwinan mereka semata-mata mahu menggunakan wang simpanan yang ada untuk membina rumah perlindungan kucing, lapor portal berita VNEXPRESS semalam.

Pasangan muda itu telah meminta kebenaran ibu bapa masing-masing untuk menangguhkan perkahwinan supaya mereka boleh menggunakan wang simpanan menyewa sebidang tanah seluas 1,500 meter persegi untuk membina rumah yang lebih sesuai untuk kucing peliharaan.

Mereka membelanjakan 500 juta dong (RM92,143) untuk kos pembinaan rumah tersebut.

Do Duong Truc Lam dan kekasihnya, Ngo Dinh Van Khanh memelihara lebih 100 ekor kucing terbiar di tempat perlindungan haiwan tersebut di Bandar Raya Ho Chi Minh sejak 1 Februari lalu.



Semuanya bermula apabila Khanh dan Lam pulang lewat malam pada 2019 dan terserempak dengan empat ekor kucing terbiar berhampiran sebuah kuil di Daerah Binh Thanh.

Selepas itu mereka mula mengambil kucing jalanan untuk dipelihara dengan menggunakan dana peribadi dan hasil daripada sumbangan orang awam secara online.

Sekiranya keadaan cukup kritikal, Khanh dan Lam akan memanggil doktor haiwan dan membawa haiwan peliharaan itu untuk dirawat walaupun ia boleh menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]



Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker