Akhirnya ‘perkampungan’ haram PATI di Cyberjaya digempur Imigresen

CYBERJAYA: Selepas di Nilai, Negeri Sembilan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah lagi perkampungan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dibina secara haram di Cyberjaya, awal pagi tadi.

Operasi penguatkuasaan bersepadu yang bermula pada pukul 12 tengah malam dan berakhir sekitar pukul 3 pagi itu melibatkan seramai 321 anggota dan pegawai JIM serta dibantu 55 anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Ketika serbuan dijalankan, ada PATI yang cuba lolos dengan menyorok di dalam reban ayam, bawah rumah dan belukar selain menggunakan helah dengan berpura-pura pengsan untuk meraih simpati supaya tidak ditahan.



Hasil pemerhatian mendapati kesemua rumah yang terdapat di perkampungan berkenaan diperbuat daripada bahan binaan seperti simen, kayu dan papan lapis serta dilengkapi bekalan elektrik dan air.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, penempatan haram yang terdiri daripada empat perkampungan kecil membabitkan kira-kira 100 buah rumah itu berjaya dikesan hasil aduan awam yang diterima dan risikan dilakukan anggota selama tiga minggu.

Menurutnya, penempatan yang dibina di dalam hutan dan terletak antara tiga hingga empat kilometer dari jalan utama itu turut mempunyai kemudahan seperti sebuah surau yang boleh memuatkan sehingga 30 orang, kedai runcit dan kedai kopi.

“Dalam serbuan dijalankan, seramai 56 warganegara Indonesia berjaya ditahan terdiri daripada 26 lelaki dan 29 wanita yang berusia lingkungan 16 hingga 70 tahun,” katanya kepada pemberita selepas operasi penguatkuasaan bersepadu itu.



Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, dianggarkan 30 hingga 40 warga asing meloloskan diri ke dalam hutan ketika serbuan dijalankan, namun tidak dikejar oleh pasukan operasi kerana keadaan belukar yang gelap selain terdapat dahan kayu serta kaca di kawasan berkenaan.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati, warga asing yang ditahan itu telah masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sejak tahun 2016 dan tidak pernah kembali ke negara asal.

“Mereka ini bekerja secara tidak sah di kawasan pembinaan selain bekerja sebagai tukang cuci dalam sektor perkhidmatan di beberapa buah bangunan di kawasan sekitar.

“Lebih mengejutkan, wanita warga asing yang ditahan didapati menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual kuih-muih, nasi lemak dan pisang goreng di kawasan sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.



“Kita dapat lihat sendiri keadaan di penempatan ini yang kotor, jika mengikut peraturan Kementerian Kesihatan, mereka yang menjalankan perniagaan mestilah menerima suntikan tifiod terlebih dahulu dan mereka ini ternyata tidak mendapat sebarang suntikan dan kita juga tidak tahu bagaimana tahap kebersihan makanan-makanan yang dijual.

“Kemudahan tandas dan perparitan yang dibina juga berada dalam keadaan teruk, mereka guna set generator untuk dapatkan bekalan elektrik, manakala bekalan air diperoleh daripada perigi yang dibina sedalam tiga hingga lima meter sebelum disambung dengan paip ke setiap rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, JIM akan mengenal pasti pemilik tanah berkenaan dan bakal mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Imigresen jika didapati melakukan kesalahan melindungi PATI.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita dapati penduduk di sini membayar wang sewa rumah sekitar RM500 sebulan dan wang yang dikutip itu akan diberi kepada pihak-pihak tertentu.



“JIM juga akan laporkan segera kepada Majlis Perbandaran Sepang untuk tindakan bersama bagi memusnahkan rumah-rumah yang didirikan di dalam hutan ini bagi memastikan ia tidak lagi didiami oleh warganegara lain selepas penghuni yang ada ini ditahan.

“Kita akan dapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan seperti operasi yang dijalankan di Nilai sebelum ini, selepas dua hari operasi dijalankan, kawasan berkenaan dimusnahkan dan pendekatan sama akan digunakan di perkampungan ini,” ujarnya.

Katanya lagi, kesemua PATI yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15 dan Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]

Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang

Geng Motor Pancung Leher Orang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker