Sudahlah pandu lawan arus, rempuh kereta polis pulak

Sudahlah pandu lawan arus, rempuh kereta polis pulak

Sudahlah pandu lawan arus, rempuh kereta polis pulak

Bukan setakat memandu melawan arus, sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang disyaki panik melihat kehadiran polis, turut merempuh kenderaan pihak berkuasa berkenaan.

Kejadian bermula apabila kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki dikesan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah di Sri Damansara, dekat sini dan polis kemudian cuba menahan kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kesalahan itu dikesan unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ketika rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Sri Damansara, jam 2.30 pagi semalam.

“Sebuah kenderaan dikesan dipandu dalam keadaan mencurigakan dan tidak mematuhi lampu isyarat merah. Polis cuba menahan kereta itu di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Damai 1, namun dua lelaki dalam kenderaan itu telah keluar dan melarikan diri.

“Seorang lagi lelaki yang memandu memecut laju dan melulu melawan arus sebelum melanggar kereta peronda polis sehingga menyebabkan kenderaan itu mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemandu itu juga bertindak melarikan diri sebelum polis yang memeriksa kenderaan ditinggalkan itu menjumpai pelbagai peralatan, disyaki digunakan untuk kegiatan curi kenderaan.


Baca Artikel Menarik:


Mohd Fakhrudin berkata, hasil semakan polis mendapati kenderaan digunakan suspek dilaporkan hilang di Ampang sebelum ini.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Sri Damansara berjaya menahan seorang lelaki berusia 18 tahun di kawasan Blok C Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 3.45 pagi semalam.

“Suspek direman dua hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 28(1) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. BH

Sudahlah pandu lawan arus, rempuh kereta polis pulak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker