Khairy tepis dakwaan Anwar bahawa AGC tak lulus sebahagian perolehan vaksin

Khairy tepis dakwaan Anwar bahawa AGC tak lulus sebahagian perolehan vaksin

Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin menolak dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung sebahagian perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa kelulusan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Khairy dipetik New Straits Times berkata, semua perolehan dibuat kerajaan Perikatan Nasional dibawa ke Jemaah Menteri.

“Oleh itu, AGC akan tahu dan memberi komen mereka. Perolehan (itu) ditandatangani KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya dalam mesej WhatsApp.

Terdahulu, Anwar berkata sebahagian perolehan itu tidak mengikuti peraturan, oleh itu menteri terbabit perlu menjawabnya.

Khairy ialah menteri penyelaras vaksin ketika perolehan itu dibuat, manakala Dr Adham Baba merupakan menteri kesihatan ketika itu.

FMT sudah menghubungi pembantu Adham untuk mendapatkan ulasan beliau.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat perolehan vaksin Covid-19 pada 2021, dengan memanggil Khairy, Adham, dan menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz, untuk menjawab pertanyaan.

PAC dalam laporannya berkata Putrajaya membayar harga premium kepada pengeluar vaksin, Sinovac Biotech Ltd, untuk dos tertentu bagi mengimbangi kelewatan susulan proses “fill and finish” (pengilangan produk pukal kepada produk siap) Pharmaniaga.


Baca Artikel Menarik:


Pelan kerajaan menggunakan gabungan vaksin dalam botol yang dibeli terus daripada Sinovac serta vaksin dihantar sebagai bahan mentah kepada Pharmaniaga dan dibotolkan dalam negara.

PAC mendapati Putrajaya membayar 16.78% hingga 18.12% lebih tinggi daripada harga asal dipersetujui untuk 2.4 juta dos yang dihantar pada Mei dan Julai 2021 bagi mengimbangi kelewatan.

Dalam laporan PAC itu, Khairy berkata Jemaah Menteri bersetuju membayar harga premium bagi mempercepatkan penghantaran vaksin. FMT

Khairy tepis dakwaan Anwar bahawa AGC tak lulus sebahagian perolehan vaksin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Shila Amzah akui Ubai istimewa buatnya

Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker