Sudah 10 tahun kedai Pak Karim jual Menu Rahmah RM5
Sudah 10 tahun kedai Pak Karim jual Menu Rahmah RM5
PONTIAN – Sebuah kedai makan perpaduan atau juga dikenali kedai Pak Karim, sudah lama mengamalkan Menu Rahmah sejak 10 tahun lalu dengan menawarkan makanan tengah hari dengan harga RM5.
Kini perniagaan tersebut diuruskan oleh anak menantunya, Sipon Sawab, 60, dan isterinya, Mazlizah A.Karim, 56, bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah serta pekerja kilang berhampiran.
Katanya, apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memperkenalkan Menu Rahmah, kedai makan di premisnya telah memulakan lebih awal pada tahun 2013 lalu.
Menurutnya, setiap hari sebanyak 30 ekor ayam dan 20 kilogram (kg) nasi dimasak dengan bantuan tiga orang anaknya dan mula dijual kepada orang ramai pada pukul 10.30 pagi hingga habis.
“Alhamdulillah, jualan saya biasanya akan habis pada pukul 2 petang dibeli oleh pelanggan dari pelbagai lapisan umur yang datang serta pekerja kilang di hadapan restoran ini pada setiap hari.
“Ada 15 menu pelbagai jenis lauk-pauk seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, boleh pilih sahaja bersama nasi dengan harga RM5 sepinggan atau sebungkus, ramai tak percaya dengan harga kami,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Rimba Terjun, di sini.
Baca Artikel Menarik:
- Muda merungut tak dipanggil ke mesyuarat parti kerajaan
- Fathul Bari cabar Azlan Man
- Sissy cakap tak serupa bikin?
- Cat Farish dah bercerai
- Parti Single Malaysia mahu membantu cari jodoh
- Siang tukang cuci, malam jual tubuh di pusat hiburan
Tambah Sipon, dia hanya meneruskan perniagaan yang telah diusahakan oleh bapa mertuanya, A. Karim Belohik, 76, yang menjual pelbagai jenis harga makanan dengan harga rendah.
“Saya dan isteri serta anak-anak menyambung legasi yang dimulakan bapa mertua saya bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah mendapatkan makanan berdasarkan kemampuan mereka,” ujarnya.
Menurut Sipon, sebelum menjual makanan tengah hari, kedai makan perpaduan juga menjual sarapan seperti nasi lemak, mee goreng, lontong, mee goreng, minuman setiap pagi.
Ditanya bagaimana dia mendapat untung melalui harga jualan sedemikian, katanya, biarlah sedikit walau 50 sen tetapi jika ramai datang membeli, tentu ada rezeki kepada kedai makannya. K Online
Sudah 10 tahun kedai Pak Karim jual Menu Rahmah RM5
Baca Artikel Menarik:
- Rakyat mahu pengeluaran KWSP bersasar, Pemuda Umno beritahu PM
- Malaysia pernah memiliki syarikat pengeluar kereta Lamborghini
- Bayar hutang RM6 bilion kepada Malaysia tanpa berdalih lagi, Johari gesa Goldman
- Ura-ura Khairy sertai PN – Sanusi
- Berang disuruh diam, anak pukul ibu
- Isteri culik teman wanita suami
- Kalau Aliff tiada, dia tak nak rehearsal – Bella dedah sikap penyondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ayda, Fyna Jebat Dikecam, Baju Tema Pari-Pari Terjojol
Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]