2 individu bertengkar sebelum terbakar

2 individu bertengkar sebelum terbakar

IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian seorang lelaki warga emas dan wanita yang melecur dalam kebakaran dua kenderaan dipercayai selepas bertengkar di kawasan perumahan di Taman Utama Bercham, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah kereta dan motosikal serta dua mangsa berusia 67 dan 54 tahun pada kira-kira 10.18 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pergi ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati terdapat sebuah kereta dan sebuah motosikal dalam keadaan hangus terbakar di hadapan rumah.

“Sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa dan apabila keluar dari rumah, dapati kebakaran telah berlaku dan kedua-dua mangsa sudah terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan kesan lecur dan dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan keterangan saksi-saksi terlibat akan dirakam percakapan bagi siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ipoh, ASP Fadli Ahmad dengan menghubungi talian 019-2500019 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya tiba di lokasi pada 10.28 pagi dan mengambil masa selama lima minit untuk memadamkan kebakaran yang membabitkan kedua-dua kenderaan. FMT

2 individu bertengkar sebelum terbakar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker