Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin – Anwar
Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin – Anwar
Ada perkara tidak ikut peraturan dalam perolehan vaksin, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenainya pada sidang Parlimen akan datang.
Anwar mengumumkan Menteri Zaliha Mustafa akan membuat pembentangan mengenai perolehan vaksin dan kos berkaitan, yang “sebahagiannya tidak mengikuti peraturan dan ditandatangani oleh menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara”.
Katanya, kerajaan mengambil keputusan untuk membuat pembentangan kertas putih, susulan dapatan KKM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkenaan perkara yang tidak menurut peraturan dan mengenai transaksi.
“Kelulusan yang diberikan tidak mengikut proses yang sewajarnya dan jumlah perolehan diragui, dari segi angka dan kos,” kata Anwar pada sidang media, tanpa huraian lanjut.
Anwar enggan menamakan sesiapa ketika ditanya pemberita tentang menteri yang bertanggungjawab ketika itu.
“Ini bukan soal mana-mana menteri tertentu. Para menteri yang terlibat perlu menjawab atau jelaskan,” katanya. FMT
Ada perkara tak ikut peraturan dalam perolehan vaksin – Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Muda merungut tak dipanggil ke mesyuarat parti kerajaan
- Fathul Bari cabar Azlan Man
- Sissy cakap tak serupa bikin?
- Cat Farish dah bercerai
- Parti Single Malaysia mahu membantu cari jodoh
- Siang tukang cuci, malam jual tubuh di pusat hiburan
- Rakyat mahu pengeluaran KWSP bersasar, Pemuda Umno beritahu PM
- Malaysia pernah memiliki syarikat pengeluar kereta Lamborghini
- Bayar hutang RM6 bilion kepada Malaysia tanpa berdalih lagi, Johari gesa Goldman
- Ura-ura Khairy sertai PN – Sanusi
- Berang disuruh diam, anak pukul ibu
- Isteri culik teman wanita suami
- Kalau Aliff tiada, dia tak nak rehearsal – Bella dedah sikap penyondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok [VIDEO]