Pelajar IPT ditangkap khalwat, menipu kononnya pekebun buah

Pelajar IPT ditangkap khalwat, menipu kononnya pekebun buah

Melaka: Seorang penuntut sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) menipu kononnya bekerja sebagai peladang bagi melindungi identiti diri dan kekasihnya ketika dicekup berkhalwat di sebuah hotel murah di pusat bandar Melaka di sini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, terdahulu pasangan masing-masing berusia 24 tahun itu diperiksa JAIM susulan maklumat awam sekitar jam 12 tengah malam tadi.



Katanya, ketika diperiksa anggota penguat kuasa JAIM, pasangan itu mengaku belum berkahwin dan tiada hubungan mahram.

“Si lelaki bagaimanapun cuba menipu penguat kuasa JAIM dengan mendakwa bekerja sebagai pengusaha kebun buah di Selangor.

“Namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka adalah penuntut tahun akhir akhir Ijazah Sarjana Muda di sebuah IPT di sini,” katanya tadi.

Che Sukri berkata, ketika disoal siasat, pasangan itu memberikan alasan remeh penat berjalan di pusat beli-belah menyebabkan mereka menginap di hotel itu.



“Alasan itu tidak munasabah berikutan asrama penuntut wanita dan rumah sewa kekasihnya itu terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

“Justeru mereka disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. HM

Pelajar IPT ditangkap khalwat, menipu kononnya pekebun buah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker