Noraini Ahmad didesak berundur dari jawatan Ketua Wanita UMNO

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad didesak untuk berundur daripada mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti akan datang.

Wanita Titiwangsa, Azwati Abdul Halim berkata, gesaan dilakukan agar Noraini dapat bertanggungjawab sepanjang mengetuai sayap itu.

Menurut beliau, sebagai ketua, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong seharusnya mendengar masalah dihadapi anak buahnya dan bukannya menjauhkan diri.



“Mengapa akar umbi memilih untuk menolak Noraini? Mengapa 147 Ketua Wanita Bahagian tidak lagi menyokong Noraini dan mahu orang lain sebagai ketua? Noraini tahu sebabnya.

“Wanita selain berjuang untuk kepentingan dan kemenangan parti, nasib mereka perlu juga dibela. Ketua perlu menadah telinga untuk mendengar masalah mereka dan bukan menjauhkan diri.

“Sebagai wanita, kita tidak peduli tentang apa yang diperkatakan tentang ketua kami. Kami pekakkan telinga bila ada berita atau tulisan yang kami baca tentang ketua kami tapi jangan diperdayakan kami,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan lebih separuh Ketua Wanita UMNO Bahagian di seluruh negara meminta agar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.



Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata, seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.

Haryaty berkata, reputasi dan legasi Shahrizat semasa menjadi menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkannya.

Perkara sama turut dilontarkan oleh Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani bahawa bekas Ketua Wanita UMNO itu merupakan individu yang lebih layak mengetuai sayap tersebut berbanding Noraini pada pemilihan parti Mac depan.

Bagaimanapun berbeza dengan Pengarah Komunikasi Wanita BN, Datuk Rosni Zahari yang sebelum ini berkata bahawa tidak adil untuk menyamakan kepimpinan Noraini dengan yang terdahulu.Jelasnya, ini kerana Noraini diangkat menjadi Ketua Wanita semasa UMNO berada dalam keadaan yang sukar, sangat lemah, tiada kuasa dan tiada wang ringgit.



Mengulas mengenai perkara itu, Azwati menjelaskan, Noraini perlu berani berusaha menyelesaikan segala masalah yang dihadapi wanita meskipun dalam apa sahaja situasi.

“Menjadikan alasan bahawa Noraini mengambil jawatan ketika UMNO sedang kalah dan berdepan dengan kesulitan memimpin kerana berbagai masalah tidak sepatutnya menjadi mauduk kepada tulisan tersebut.

“Bila Noraini dilantik menjadi menteri, itulah masa yang sepatutnya digunakan untuk memperkukuhkan wanita, tetapi apa yang Noraini buat?” soalnya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi



Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker