Kes Ebit Lew, saksi keenam akan dipanggil esok

Kes Ebit Lew, saksi keenam akan dipanggil esok

KOTA KINABALU: Sambungan perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew yang akan berlangsung Selasa ini dijangka menampilkan saksi baharu daripada pihak pendakwaan.

Perbicaraan yang bersambung selama empat hari bermula 7 hingga 10 Februari ini akan menampilkan saksi keenam bagaimanapun butiran terperinci saksi belum diketahui setakat ini.



Mahkamah Majistret Tenom pada 22 Disember lalu menetapkan tarikh perbicaraan baharu bagi kes itu selepas perbicaraan yang diadakan sebelum ini ditangguhkan.

Pada perbicaraan terbabit, seramai tiga saksi telah dipanggil termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong atau nama sebenarnya, Firdaus Wong Hai Hung, 39, dan juga dua pegawai polis bagi memberi keterangan berhubung kes itu.
Setakat ini, keseluruhan saksi yang telah dipanggil memberi keterangan bagi pihak pendakwaan adalah seramai lima orang.

Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim diwakili barisan peguamnya iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut manakala, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia serta Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Sinar



Kes Ebit Lew, saksi keenam akan dipanggil esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi



Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker