Liverpool bakal singkir Klopp

Liverpool bakal singkir Klopp

JAMIE Carragher lebih gemar melihat Liverpool menukar individu lain di kelab itu berbanding berpisah dengan pengurus, Jurgen Klopp, walaupun akur bahawa tahap prestasi The Reds begitu jauh merosot.

Klopp dihujani kritikan atas prestasi hambar anak buahnya yang menduduki tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hampir menggondol empat kejuaraan dalam kempen lalu.

Kekalahan 0-3 di tangan Wolves semalam merupakan kekalahan ketiga berturut-turut liga di tempat lawan yang masih tercari-cari sebarang kemenangan liga tahun ini.

Klopp mengulangi hasratnya untuk membina semula skuad Liverpool selepas imej mereka tercalar lagi, lantas Carragher percaya tiada sesiapa yang lebih baik untuk menyandang tugas itu.

“Saya akan mengubah orang lain di kelab itu sebelum saya menukar Jurgen Klopp,” katanya kepada Sky Sports.

“Apabila dia masuk, Liverpool berada di tempat keenam atau ketujuh liga dan dia telah membawa mereka ke kedudukan hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia terbukti dia mampu melakukannya. Saya ingin melihat dia melakukannya sekali lagi. Saya pasti dia juga menghajatinya.

“Jika orang ramai bercakap tentang pertukaran pengurus, mana-mana pengurus yang datang ke Liverpool juga masih perlu membentuk semula pasukan.

“Saya tidak fikir ia adalah satu kes untuk membeli seorang pemain sahaja tatkala ramai yang menyeru mereka membeli Jude Bellingham.

“Saya fikir pada setiap minggu sekarang, rasanya mereka perlu membeli bukan sekadar seorang dua pemain baru, mereka mungkin memerlukan empat atau lima orang.

“Mana-mana pengurus di Liverpool pada permulaan musim depan tetap perlu berbuat demikian, Jurgen Klopp telah menghasilkan keajaiban pada masa-masa tertentu.

“Anda boleh mempersoalkan Jurgen daripada segi bagaimana ia menjadi sebegini, dia adalah sebahagian daripada kedudukan ini. Tetapi untuk pasukan pencari bakat, bagaimana Liverpool merosot daripada hampir memenangi empat trofi musim lalu kepada kedudukan ke-10 dalam liga ketika ini?

“Sempena permulaan musim depan, saya tidak fikir terdapat mana-mana pengurus yang digemari peminat Liverpool selain daripada Jurgen Klopp.” Aw

Liverpool bakal singkir Klopp

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker