Suami jalin hubungan dengan kekasih, isteri muda maafkan

Seorang wanita yang mendapati suaminya menjalin hubungan sulit selama tiga setengah tahun mendedahkan bagaimana dia memutuskan untuk memaafkan teman hidupnya itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut Alexandrea Acevedo, 26, dari Orlando, Florida, dia bertindak demikian kerana tidak mahu meninggalkan suaminya yang mengalami sisi gelap dalam kehidupan.

Pada mulanya, wanita berkenaan gelisah selepas mengetahui suami yang dikahwini selama lima tahun, Michael, 31, tidak setia untuk sebahagian besar perkahwinan mereka.

Ibu kepada tiga anak itu mengetahui penipuan suami apabila melihat mesej teman hidupnya itu kepada kekasih gelap di telefon bimbit pada Disember tahun lalu.

Namun, selepas mengaku kecurangannya dan meninggalkan rumah keluarga selama seminggu, Michael yang gemar minum arak dan berjudi akhirnya sedar bahawa dia perlu membuat perubahan dalam hidupnya.

Alexandrea berkata, suaminya kemudian mendapatkan rawatan terapi dan berusaha memperbaiki perkahwinan mereka sekali gus mendorong wanita tersebut untuk memberinya peluang kedua dan meneruskan rumah tangga mereka. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker