Suami isteri guru SMAP Kajang maut kemalangan di LPT 2

Keadaan kenderaan jenis Toyota Estima dinaiki Arbain sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan di KM 274, LPT 2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sepasang suami isteri yang merupakan guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor maut, manakala tiga anak mereka cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 274 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4 petang itu, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya, Rosmayati Bakar@Lalar, 48, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan, sementara tiga anak mereka iaitu Faikal Nabila, 8, Fatin Najla,10, dan Farah Najwa, 20, cedera pada bahagian tangan, kaki dan muka.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian kesemua mangsa yang menetap di Kajang dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kampung Gelugor, Kerteh di sini dan sebelum itu mereka sempat menghantar salah seorang anak lelaki mereka ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Toyota Estima dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas di laluan kiri lebuh raya. Kenderaan tersebut kemudian berpusing beberapa kali sebelum terhenti di pembahagi lebuh raya. Impak pelanggaran menyebabkan pasangan suami isteri tersebut masing-masing tercampak keluar lima dan 10 meter dari kenderaan mereka.,” katanya di sini hari ini.

Gambar kenangan Arbain dan isteri, Rosmayati.

Hanyan berkata, ketiga-tiga anak mangsa yang cedera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan. manakala mayat kedua-dua mangsa dibawa ke unit forensik hospital sama bagi tindakan lanjut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker