Sempat terjun beberapa saat sebelum bot meletup

Dua individu itu melompat ke dalam air selepas digesa Greenwood dan isterinya. – Rino Greenwood/LOCAL NEWS X/TMX

LANSING, MICHIGAN – Sepasang suami isteri merakam situasi cemas di mana mereka mengarahkan dua individu tidak dikenali melompat ke dalam air beberapa saat sebelum bot dinaiki meletup, lapor akhbar New York Post semalam.

Dua individu itu dilihat bergelut di tengah-tengah kebakaran bot yang semakin marak di West Grand Traverse Bay, negeri Michigan, Jumaat lalu.

“Sudah terlambat! Ia sudah terlambat. Turun dari bot! Ia akan meletup,” jerit Nathan Greenwood dan isterinya kepada dua individu yang kelihatan keliru itu untuk bertindak balas.

Dalam masa tiga saat sahaja selepas mereka terjun ke dalam air, bot itu terus meletup.



Menurut Greenwood, kedua-dua mangsa bernasib baik kerana dia dan isterinya berada di situ ketika kejadian untuk memberi amaran sebelum menyelamatkan mereka.

Ini kerana jika mereka tidak melompat, mereka akan pengsan akibat menghidu asap atau dibakar hidup-hidup.

Perkhidmatan Marin Tasik kemudian menunda bot itu ke darat Ahad lalu. Punca kebakaran bagaimanapun tidak diketahui. – Agensi

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker