Pelatih mati, tiga kakitangan Puspen direman

Pelatih mati, tiga kakitangan Puspen direman

IPOH – Seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Perlop, Sungai Siput maut dengan kesan kecederaan di badan dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, punca kematian pelatih lelaki warga tempatan berusia 50 tahun itu diperolehi selepas bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.



“Polis menerima maklumat kematian lelaki itu pada pukul 12.55 tengah hari, Selasa lalu. Siasatan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Siput sebelum dirujuk ke HRPB untuk tujuan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian belakang badan mangsa akibat dipukul dengan objek tumpul,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berikutan itu, pihaknya telah menahan tiga kakitangan pusat pemulihan berkenaan dan seorang pelatih berusia lingkungan 30 hingga 38 tahun untuk siasatan.



Katanya, kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Rabu depan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan maklumat tidak sahih kepada umum dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujar beliau. K Online

Pelatih mati, tiga kakitangan Puspen direman

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker