Petua elak diserang Penyondol

Petua elak diserang Penyondol

Sekarang ini isu penyondol, si pihak ketiga yang menjelma dalam kehidupan rumah tangga pasangan lain semakin berleluasa. Perkara ini ibarat menjadi ‘trend negatif’ yang menjadi-jadi, di mana orang ketiga ini tanpa mempunyai segan silu berasa bahagia dan bangga menjadi seorang penghancur rumah tangga.

Melalui satu hantaran di laman Instagram milik Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, beliau ada berkongsi 7 petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumah tangga. Bahaya kalau dibiarkan, orang sekarang makin lama, makin berani. Jom baca…



PETUA ELAK DISERANG PENYONDOL DALAM RUMAH TANGGA

Hadir macam mana pun pihak ketiga, tengoklah Tok Abah tetap pandang Tok Mak kau. Walaupun pihak ketiga ini kategori manja bukan main lagi. Kalau merajuk tu, habis semua dia cakarnya.

7 PETUA KEBAL DARI PIHAK KETIGA, SI PENYONDOL

1. Sentiasa letakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah memang mengurniakan pasangan terbaik bagi kita.



Jika belum rasa dia terbaik dan banyak jumpa kelemahannya, bantu dia perbaiki kelemahan tersebut. Kerana satu hari nanti ia berubah menjadi kelebihan dan akhirnya berperanan sebagai pasangan terbaik sepanjang usia kita.

2. Sentiasalah memberi berbanding hanya menerima. Setiap hari kena renung semula, apa lagi kebaikan yang aku tak sumbangkan pada pasangan.

3. Sentiasa prihatin terhadap gerak hati isteri. Suami yang cemerlang menghormati pendapat pasangannya terutama perihal dirinya dan kasih sayang rumahtangga.

4. Sentiasa anggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.



5. Sentiasa ingin berubah secara positif. Walaupun perubahan kecil, tetap kita raikan bersama pasangan.

6. Setiap malam kena saling bermaafan dengan pasangan sebelum tidur. Minta maaf macam kita minta maaf waktu hari raya tau. Barulah kita tidur dengan tenang dan esok bangun dengan ringan dan cergas.

7. Tidak berlumba nak menentukan pasangan betul atau salah. Apa yang penting adalah kebahagiaannya.

Tiada rahsia dalam rumahtangga, semuanya adalah soal dalam mencari keserasian, bertolak ansur, berusaha untuk membahagiakan serta sentiasa mengejar redha Allah yang mutlak.



Pasti, kita dapat wujudkan ‘taman syurga’ buat pasangan di atas dunia. Paling penting adalah kita berganding bahu bersama-sama menerokai kebaikan dalam diri pasangan dan diri sendiri.

Bila kita terlalu sibuk dengan pasangan maka tiada lagi ruang untuk sesiapa menyelinap masuk dalam rumahtangga kita. Biarpun kucing sendiri.
Sumber: Instagram Fadzilah Kamsah

Petua elak diserang Penyondol

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker