Amir Raja Lawak beli Alza baharu hasil jualan air jagung

Amir Raja Lawak beli Alza baharu hasil jualan air jagung

Pelawak Amir Raja Lawak berkongsi kegembiraan berjaya memiliki kereta baru hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Amir, 34, memuat naik gambarnya bersama kenderaan jenis Perodua Alza.



“Alhamdulillah, rezeki pembukaan tahun 2023. Terima kasih yang support (menyokong) saya beli Air Jagung Amirreka HQ dan kongsi rezeki shooting (penggambaran) dengan saya.

“Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya.

“Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki, sihat selalu, disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses, aamiin ya mujib,” tulisnya.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi ketika dihubungi berkata, dia sudah lama menyimpan wang untuk membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.



“Saya menyimpan duit dari dulu, cuma baru sekarang ada rezeki boleh beli kereta baharu ini.

“Rezeki untuk bawa keluargalah sebab kereta ini ada banyak kerusi dan kemudian boleh buat berniaga juga sebab luas.

“Apapun kereta ini bukan bayar tunai, tapi dibayar bulanan juga. Saya pun tunggu lama macam orang lain dan tiada keistimewaan,” katanya yang membuat tempahan sejak Julai tahun lalu.

Terdahulu pada hujung Disember lalu, Amir berkongsi kehadirannya ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk membayar zakat tahun 2022.



Ia ternyata mendapat pujian masyarakat dan ramai yang mendoakan agar dia semakin dimurahkan rezeki. HM

Amir Raja Lawak beli Alza baharu hasil jualan air jagung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker