Wanita cuba terjun Jambatan Putrajaya

Wanita cuba terjun Jambatan Putrajaya

Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan akibat putus cinta berjaya diselamatkan selepas cuba terjun dari Jambatan Wawasan di Presint 2 di sini, dalam kejadian awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 6.25 pagi memaklumkan tentang seorang wanita yang dilihat cuba terjun dari jambatan tersebut.



“Susulan itu, sepasukan anggota polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan wanita itu berjaya dipujuk sekali gus membatalkan hasrat untuk terjun dari jambatan tersebut beberapa minit kemudian.

“Rakaman percakapan mangsa telah diambil dan wanita berusia awal 20-an itu mengaku cuba terjun ke dalam tasik di jambatan itu selepas teman lelakinya bertindak memutuskan hubungan dengan alasan wanita berkenaan mempunyai masalah mental,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, sebelum kejadian, wanita itu telah menerima panggilan daripada teman lelakinya yang menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dan akan berkahwin dengan wanita lainbmengakibatkan dia hilang pertimbangan lalu cuba untuk terjun dari jambatan tersebut.

Menurut A. Asmadi, selepas menghantar wanita berkenaan pulang ke rumah, ibunya memaklumkan bahawa mangsa pernah mendapatkan rawatan psikiatri dan baharu sahaja disahkan sembuh.



“Pegawai Penyiasat kemudiannya telah membuat semakan di Bahagian Psikiatri sebuah hospital di Perak dan mengesahkan bahawa wanita berkenaan ada menerima rawatan di sana dengan tarikh rawatan terakhir pada 11 November 2022 dan bergantung kepada ubatan yang dibekalkan doktor.

“Wanita tersebut kemudiannya telah dibawa oleh Pegawai Penyiasat untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di Hospital Putrajaya dengan ditemani oleh ahli keluarganya,” ujar beliau. K Online

Wanita cuba terjun Jambatan Putrajaya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker