Tengku Zafrul bertanding sebagai MKT Umno
Tengku Zafrul bertanding sebagai MKT Umno
Tengku Zafrul Aziz sah menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menjelang pemilihan parti akan datang.
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, keputusan bertanding jawatan berkenaan dalam usahanya membina “tapak” politik bagi tempoh panjang.
“Ya, saya dengan rendah diri menawarkan diri bertanding jawatan MKT Umno untuk menyumbang khidmat kepada parti,” katanya memetik laporan Astro Awani.
Zafrul berkata, landskap politik yang semakin dinamik membuka ruang persaingan sihat dan membina.
“Politik ini sifatnya dinamik, dan yang paling penting ialah sentuhan efektif membantu untuk memartabatkan masyarakat dan negara,” katanya.
Beliau berkata, gabungan kepimpinan lebih dinamik dan pelbagai latar menjamin proses pengukuhan parti pasca PRU15.
“Umno sebuah parti berpengalaman dan barisan pemimpinnya matang menempuh jatuh bangun politik, justeru saya percaya pemimpin dan akar umbi parti mahu melihat gabungan kepimpinan yang lebih dinamik dan pelbagai latar untuk pastikan proses pengukuhan parti pasca PRU15 dapat berjalan dengan baik,” katanya.
Tengku Zafrul bertanding sebagai MKT Umno
Baca Artikel Menarik:
- Khairy pertimbang gandingan dengan Rafizi dan Nurul Izzah
- Mahathir dan Muhyiddin diheret ke mahkamah
- Aksi gelek ghairah di Kangar, MPKPs batal acara hiburan karnival
- 9 ‘longkai’ dicekup polis
- Ustazah didakwa pukul ustazah sampai parah kerana lelaki
- Zuraida kembali ke PN?
- Berebut kutip ‘ulat kayangan’ di Dalat
- Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
- Polis tembak mati menteri
- PH sukar pertahan Selangor
- Noh mungkin sertai PN, tapi bukan KJ
- Ira Kazar hamil, Yusof Haslam tak ambil ‘port’
- Anwar kesal keputusan Mahathir berkait Batu Puteh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]