Lagi pemimpin PH pertahan lantikan Nurul Izzah

Lagi pemimpin PH pertahan lantikan Nurul Izzah

Bekas Ahli Parlimen DAP tampil mempertahankan Nurul Izzah Anwar susulan kontroversi pelantikannya sebagai penasihat khas perdana menteri.

Merujuk kepada rekod prestasinya di Parlimen, Charles Santiago berkata, kritikan terhadap Nurul Izzah berhubung lantikannya “tidak wajar” dan “tidak adil”.

Santiago berkata, beliau tahu Nurul Izzah sentiasa mengutamakan rakyat, selepas dia sempat bekerjasama dengan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam Kaukus Parlimen Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), pada 2013.

“Beliau sentiasa membela rakyat,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, apabila menyentuh mengenai TPPA, Nurul Izzah arif dalam hal berkaitan hak harta intelek dan isu pembangunan negara termasuk reformasi tebus guna tanah demi membantu membangunkan sektor luar bandar.

“Sebagai Ahli Parlimen (sebelum ini), beliau sering memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup rakyat,” katanya merujuk kepada Indeks Kemiskinan Multidimensi dibangunkan bersama antara Nurul Izzah dengan bekas profesor Universiti Malaya (UM).

Santiago berkata, beliau mendapati Nurul Izzah sangat berpengetahuan dalam reformasi diperlukan bagi pembangunan pembentukan kemahiran di negara ini, merujuk kepada rang undang-undang persendirian didrafnya mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET.

Santiago menolak berlakunya konflik kepentingan memandangkan Nurul Izzah dan keluarganya tidak terlibat dalam sebarang perniagaan.

Justeru, katanya, tiada konflik wujud, sekali gus menolak dakwaan kegusaran pengkritik berhubung amalan nepotisme.

“Jika beliau seorang ahli perniagaan, saya orang pertama membantah.”

Melihat kerjaya politik Nurul Izzah, bekas Ahli Parlimen Klang itu, berkata wanita itu tidak pernah menggunakan kelebihannya sebagai anak kepada Anwar Ibrahim.

Santiago juga menolak hujah mendakwa Nurul Izzah tidak layak menjadi penasihat khas ekonomi dan kewangan, sambil menyatakan dalam perkara tertentu, ahli ekonomi berkelayakan juga memudaratkan ekonomi negara.

Ahli ekonomi dari Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut bertanggungjawab memusnahkan negara membangun kesan dasar tidak cekap, katanya.

Santiago berkata, sekiranya bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob, mahupun Presiden PAS Abdul Hadi Awang melantik anak mereka dalam jawatan sama, beliau tidak akan mengemuka sebarang bantahan jika mereka “seperti Nurul Izzah”.

“Beliau bukan beban. Itulah sebabnya saya rasakan kritikan terhadapnya tidak adil dan tidak wajar. Jujurnya, perkara itu terlalu berlebihan.”

Katanya, munasabah bagi Anwar Ibrahim melantik anaknya sebagai penasihat memandangkan sebagai perdana menteri dan presiden PKR, dikelilingi “jerung”.

Santiago berkata, ia mengenai kepercayaan sambil menyatakan antara Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dengan Nurul Izzah, “saya lebih sanggup mendengar daripada Nurul.”

Pelantikan Nurul Izzah mencetuskan pertikaian daripada kumpulan pemikir dan persatuan sivil, mendesak lantikan itu ditarik balik. Semalam, Anwar menegaskan pelantikannya bukan berunsur nepotisme.

“Nepotisme adalah di mana (ahli keluarga) diberi kedudukan untuk menyalahgunakan kuasa, memperkayakan diri, mendapatkan kontrak dan mendapat bayaran yang besar. Ini tidak berlaku,” katanya Anwar. FMT

Lagi pemimpin PH pertahan lantikan Nurul Izzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azhar Sulaiman guna gelaran ‘mami’ dilabel pondan (Video)

Roh pencuri belum sampai, jasad telah sampai di balai polis [VIDEO]

Pengurus bank ‘kantoi’ simpan video lucah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker