Benarkah Sulaiman Sudah Letak Jawatan Sebagai Ketua Menteri Melaka?

Oleh Norzahira

SUHU politik Melaka kembali hangat apabila beberapa portal melaporkan YAB Datuk Seri Utama Dr Haji Sulaiman bin Md Ali telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka kepada Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jika benar dakwaan ini maka Melaka bakal menerima Ketua Menteri baru dalam masa terdekat.



Mungkin Sulaiman perlu tampil bagi menjernihkan keadaan memandangkan teka-teki ini mengundang ketidak stabilan politik di negeri tersebut.

Rakyat Melaka dikatakan mula merungut berkenaan pembaharuan dan kemajuan yang gagal dibawa oleh Sulaiman. Sudah sampai masanya Melaka diketuai oleh individu yang mampu membawa pelaburan besar dan projek yang berimpak tinggi bagi merealisasikan impian rakyat negeri tersebut.

Memetik sumber, Sulaiman yang merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-12 dikatakan telah lama berhasrat melepaskan jawatan ketua menteri terutama bagi menghadapi pilihanraya umum ke 15 lagi namun ditangguhkan hasil perbincangan kepimpinan UMNO negeri Melaka.

Menurut sumber tersebut lagi, sepatutnya Sulaiman mengetuai barisan calon parlimen BN Melaka baru-baru ini sesuai dengan kelayakan beliau untuk berada di kerajaan persekutuan sekiranya BN menang di dalam pilihanraya umum tersebut.



Beliau dikatakan ditugaskan untuk menyusun kembali strategi merampas kerusi parlimen UMNO-BN yang kalah itu.

Kita harap transisi jawatan Ketua Menteri akan berlaku dengan lancar pada masa terdekat supaya urusan ekonomi rakyat dan kemajuan negeri tidak terabai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker