GPS, DAP bertikam lidah projek tiang bendera RM30 juta
GPS, DAP bertikam lidah projek tiang bendera RM30 juta
Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan GPS bertikam lidah secara terbuka berhubung rancangan kerajaan negeri untuk mendirikan tiang bendera tertinggi di Malaysia.
Walaupun GPS dan DAP adalah sekutu di peringkat persekutuan, GPS menguasai kerajaan negeri manakala DAP di pihak pembangkang.
Projek tiang bendera setinggi 99 meter itu disifatkan kerajaan negeri sebagai sebahagian usaha berterusan untuk meningkatkan keindahan Tebingan Kuching.
Namun, memandangkan ia memakan belanja RM30 juta, DAP dan sejumlah pihak lain menyifatkan wang tersebut lebih baik dimanfaatkan untuk kemudahan awam.
Semalam, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah menuduh bantahan pembangkang bermotifkan politik.
Katanya, projek itu yang bersempena ulang tahun ke-60 kemerdekaan Sarawak, akan dibiayai sebuah syarikat swasta sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Abdul Karim berkata projek sebelum ini di Tebingan Kuching seperti Jambatan Darul Hana dan pancuran air berirama di situ juga menerima bantahan, namun kini tidak lagi.
“Kita mesti tahu menghargai, bukan semua duit (hasil negeri) digunakan untuk membuat sekolah, hospital dan jalan raya sahaja, kalau (kita) ada hasil lebih tidak salah digunakan bagi membangunkan prasarana lain bagi mencantikkan bandar raya Kuching.
“Sudah tentu, saya juga tidak akan bersetuju (infrastruktur lain dibangunkan) kalau Sarawak negeri miskin, kalau rakyat Sarawak masih dalam keadaan susah… memang keutamaan patut diberikan kepada isu ini,” katanya seperti dipetik Utusan Borneo.
Menurut Borneo Post, tiang bendera itu akan didirikan berdekatan bangunan DUN Sarawak dengan ketinggian lebih empat meter berbanding tiang bendera tertinggi negara pada masa ini, yang terletak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan semalam, Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii berkata soalan yang wajar berkaitan perkara itu tidak boleh diketepikan sebagai “agenda pembangkang”.
“Persoalan yang perlu ditanya adalah mengapa mereka rasa ini (tiang bendera) perlu didirikan, berbanding banyak lagi keperluan dan masalah lain di seluruh Sarawak, terutama yang memberi kesan langsung kepada penduduk.
“Bagi saya, ini jelas satu keutamaan yang salah dan ‘obsesi imej berbanding pengisian’,” katanya.
Kata Yii lagi, kerajaan Sarawak perlu menunjukkan ketelusan dan kebertanggungjawaban berhubung kos projek itu.
Dia membandingkannya dengan tiang bendera tertinggi di dunia yang terletak di Jeddah, Arab Saudi, yang berketinggian 171 meter dengan kos kira-kira RM21 juta.
“Amat penting untuk kerajaan bersikap telus dalam soal ini, termasuk menjustifikasikan kos projek, yang dikatakan berjumlah RM30 juta dengan ketinggian 99 meter.
“Hakikatnya, kita tidak memerlukan tiang bendera untuk mengingatkan kita berkenaan pentingnya hak kita, untuk kita rasa bangga sebagai orang Sarawak,” katanya lagi. Mk
GPS, DAP bertikam lidah projek tiang bendera RM30 juta
Baca Artikel Menarik:
- Keterangan Zeti bagi kes 1MDB masih ditunggu-tunggu
- Wanita jelita berhati iblis
- Buat apa malu-malu nak ambil gaji
- Kongsi gelap bertopeng NGO
- Sharnaaz Marah Dengan Pelakon ‘Merenyam’
- PN menang di Selangor, Azmin dijangka kembali menjadi Menteri Besar
- Istiadat kurniaan pingat Wilayah Persekutuan terakhir disempurnakan Agong
- Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri
- Orang beri kontrak pada anak, menantu kini cakap tentang ketelusan – Anwar
- Saya perlu menyelamat Umno daripada musuh dalam parti – Zahid
- Lelaki kurang siuman maut di Masjid Pulau Melaka, ini puncanya
- Jaafar Jackson lakonkan watak Michael Jackson
- Pathaan pecah panggung walau ada usaha diboikot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET