Humaira tak mengaku sakau duit ibu saudara tiri


Humaira tak mengaku sakau duit ibu saudara tiri

Wanita yang didakwa mencuri dan menggunakan wang milik ibu saudara tirinya untuk membeli telefon pintar jenis iPhone 14 Pro, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan itu.

Tertuduh, Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nadia Othman.

Mengikut pertuduhan, Nur Humaira didakwa mencuri kad debit milik ibu saudara tirinya, yang berusia 26 tahun dan mengeluarkan wang berjumlah RM8,200 tanpa pengetahuan wanita itu.

Perbuatan itu dilakukan di Regalia Residence, Chow Kit, di sini, di antara 23 Mac dan 24 Mac lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(3) akta sama, memperuntukkan denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa menyalahgunakan wang berkenaan yang dikeluarkan daripada akaun RHB tanpa pengetahuan, di lokasi sama pada tarikh sama.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak bekerja memohon supaya dibenarkan ikat jamin dengan jumlah paling rendah dan memberitahu mahkamah bahawa bapa saudaranya akan hadir menjaminnya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 dengan dua penjamin dalam kalangan ahli keluarga, selain syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Media pada 14 April lalu melaporkan, polis menahan seorang wanita kerana disyaki mencuri RM8,200 daripada akaun bank ibu saudara tirinya itu untuk membeli iPhone.

Suspek ditahan di sebuah premis di Pandan Perdana, pada jam 12.25 tengah malam dan polis turut menemui kad ATM milik mangsa, selain merampas telefon pintar dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri.

Perbuatan tertuduh tular di media sosial selepas mangsa meluahkan perasaan terkilan apabila layanan baik untuk membantu anak saudaranya itu dibalas dengan cara sedemikian, lebih-lebih lagi ia berlaku pada minggu pertama Ramadan.

Wanita itu dilaporkan terkejut apabila akaun banknya hanya berbaki RM500 menyebabkan beliau tidak mampu membayar semua komitmen bulanan, termasuk sewa rumah. BH

Humaira tak mengaku sakau duit ibu saudara tiri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker