Potensi kanabis, ketum untuk perubatan dibincang bersama KKM – Fadillah
Potensi kanabis, ketum untuk perubatan dibincang bersama KKM – Fadillah
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melihat kaedah penanaman dan proses penghasilan produk terkawal, sekiranya ia dibenarkan untuk ditanam bagi tujuan perubatan di negara ini.
Katanya, pembentangan mengenai potensi tumbuhan tersebut juga telah diberikan oleh beberapa pemain industri dan persatuan yang berkaitan dengan kanabis dan hemp.
“Amerika Syarikat, Belanda dan kini Thailand aktif dengan industri tersebut, tetapi di Malaysia, disebabkan ia adalah barang bawah kawalan, kita kena bincang dengan Kementerian Kesihatan bagaimana nak jadikan produk ini boleh ditanam, diproses dan dijual hasilannya dalam keadaan terkawal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Industri Kenaf dan Kawal Selia Industri Tembakau, di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), di sini hari ini.
Hadir sama timbalannya, Siti Aminah Aching, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi Abdul Hadi Omar dan Ketua Pengarah LKTN Idris Mohd Salleh.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, ketika ini persepsi masyarakat mengenai kanabis agak berat.
“Bila kanabis persepsinya agak berat, sebab itu kita perlu uruskan dan hasilkan dalam keadaan terkawal iaitu dari segi tanaman, proses dan keseluruhannya (mempunyai) nilai perubatan termasuk hasilan seperti minyak bagi tujuan eksport.
“Saya akan perincikan perkara ini menerusi perbincangan dengan KKM, pihak industri dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat untuk melihat kesesuaian bagaimana kita nak laksanakan kalau ia dibenarkan supaya perspektif negatif itu dapat dikawal,” katanya. FMT
Potensi kanabis, ketum untuk perubatan dibincang bersama KKM – Fadillah
Baca Artikel Menarik:
- Khairy mahu jadi PM walau kini tanpa parti
- Zahidi masuk PKR, dakwa ramai pemimpin lain akan ikut
- Biar polis siasat – Fyna
- Umno mampu lahirkan lebih ramai Khairy, Shahril Hamdan
- Pelantikan saya bukan untuk kuatkan kelompok tertentu – Khaled
- UMNO terpaksa telan sejarah pahit demi bersihkan parti
- Tak pasal cari pasal
- Jika tidak digantung, Shahril Hamdan sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO
- Anak Najib umum tanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO
- Anwar lantik anak jadi penasihat kanak kewangan dan ekonomi
- Tutur dialog lucah, Maszlee mohon maaf
- Apakah perkataan khianat tiada dalam kamus Hishammuddin , tanya Puad
- 700 juta lebih tidak logik – TMJ
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pekerja seks gatal jalin hubungan sulit dengan suami ditampar isteri
Muka deejay wanita melecur silap tembak meriam konfeti [VIDEO]