BN masih perlu ‘poster boy’ untuk PRU15 – penganalisis

BN masih perlu ‘poster boy’ untuk PRU15 – penganalisis

Seorang penganalisis tidak bersetuju dengan pendapat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bahawa Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerlukan “poster boy” dalam kempennya bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mengulas catatan Facebook oleh Puad Zarkashi, Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, penting bagi BN untuk memaklumkan kepada pengundi siapa calonnya bagi jawatan perdana menteri.



Katanya, pengundi tidak mahu sebarang kejutan jika gabungan itu menang pada PRU15.

Sementara itu, James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania bersetuju dengan berkata, BN tidak akan dapat mengelak daripada menamakan calon perdana menterinya kerana perkara itu dinanti-nantikan pengundi.

Dalam catatannya, Puad berkata, “poster boy” tidak lagi relevan bagi Umno.

Sebaliknya, beliau mencadangkan mengetengahkan logo BN kerana ia benda tidak bernyawa dan sukar difitnah.



Tanpa menamakan sesiapa, Puad juga berkata, seorang “poster boy’ tidak boleh dalam kalangan mereka yang “terlebih perasan dan lembik”.

Pada April, MKT Umno bersetuju menamakan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai “poster boy” untuk PRU15.

Azmi berkata, kenyataan Puad itu boleh ditafsirkan sebagai mesej halus kepada Ismail, yang juga naib presiden Umno, bahawa bukan semua perkara telah dimuktamadkan.

Beliau juga berkata, Puad berkemungkinan menyuarakan pendapat peribadinya, bukan pendapat kepimpinan Umno.



Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis, Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia bersetuju dengan Puad. Katanya, lebih baik BN menumpukan perhatian kepada agendanya berbanding dengan seseorang individu.

“Saya rasa ‘poster boy’ tak akan membantu sama sekali kerana tiada seorang pun dalam BN mahupun Umno yang sangat popular dalam kalangan rakyat dan boleh ‘jual’ parti itu kepada pengundi,” katanya kepada FMT.

Azmil berkata, Umno dan BN sebaliknya harus fokus kepada mempromosikan gabungan itu sendiri. Pengundi sudah kenal dengan logonya, katanya.

Beliau juga berkata, Ismail perlu mengukuhkan kedudukannya dalam Umno, bukan sesuatu yang sukar baginya memandangkan bekas perdana menteri Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara dan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi berdepan tuduhan rasuah. FMT



BN masih perlu ‘poster boy’ untuk PRU15 – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib



Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker