Hishammuddin tak serik, penggerak utama SD sokong Muhyiddin
Hishammuddin tak serik, penggerak utama SD sokong Muhyiddin
Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mendakwa Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein terpaksa digantung keahlian kerana memainkan peranan utama mengumpulkan sokongan untuk Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri selepas PRU15.
“Lagi luar biasa tindakan Hishamuddin. Dia tidak serik membelakangkan parti. Bawa MP Umno ke rumah Azmin Ali. Suruh ketua Bahagian Sabah masuk Bersatu.
“Penggerak utama MP BN tanda tangan SD sokong Muhyiddin adalah Hishamuddin,” kata Puad pada satu kenyataan hari ini.
Menurut Puad selepas Umno hilang kuasa pada pilihan raya umum 2018, terdapat pemimpin yang menjauhkan diri daripada parti.
“Mereka duduk di luar pagar. Ada kalanya tikam parti dari belakang. Kini mereka dipecat atau digantung. Apa salahnya mereka sekali lagi duduk di luar pagar.
“Dipecat amat menyakitkan tetapi keperluan. Kalau betul cintakan parti merayulah. Kalau tidak mahu merayu tunggulah enam tahun. Kecuali mereka sudah ada pilihan lain. Buatlah pilihan,” kata Puad lagi.
Puad juga menempelak bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin yang dipecat Umno tadi malam.
“Khairy memang melampau. Memburukkan parti dan presiden semasa kempen PRU amat keterlaluan. Fitnah pengundi hantu semasa PAU Umno 2022 berniat jahat,” katanya lagi.
Puad juga menegaskan keputusan itu dibuat atas cadangan Lembaga Disiplin Umno dan bukan keputusan presiden.
“Noh Omar yang hadir mesyuarat MKT malam tadi keliru. Dia tuduh presiden Umno buat keputusan sendiri.
“Ini berbeza bila Mahathir pecat Anwar Ibrahim. Tun Mahathir bawa ke MKT untuk pecat Anwar tanpa melalui Lembaga Disiplin,” dakwa Puad lagi.
Puad seterusnya berkata Umno sudah lama “dipecah belahkan oleh mereka yang suka melawan keputusan parti.” mk
Hishammuddin tak serik, penggerak utama SD sokong Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)